Pages

Monday, October 5, 2009

Sekilas - Berita Dunia

Mantan menteri ditemui mati

TOKYO: Mantan Menteri Kewangan Jepun yang meletak jawatan selepas kelihatan mabuk pada sidang media Mesyuarat Ketua Kewangan Negara G7 di Rome pada Februari lalu ditemui mati di rumahnya semalam.

Encik Shoichi Nakagawa ditemui mati dalam bilik tidur di rumahnya di sini dan punca kematiannya masih disiasat. -- AP.

Taufan Parma ragut 15 jiwa

MANILA: Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban akibat Taufan Parma, yang memutuskan semua laluan di pinggir utara Filipina kelmarin.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Filipina telah berpindah daripada rumah mereka sejak ribut itu melanda kepulauan Luzon, lapan hari selepas berlakunya Taufan Ketsana di Manila.

Taufan Parma kini menghala ke barat laut Taiwan, yang telah mula memindahkan penduduk kampung di wilayah selatan Kaohsiung. -- AP.

Samoa tangguh pengebumian

APIA: Upacara pengebumian beramai-ramai mangsa tsunami dan gempa bumi di kepulauan Samoa yang sepatutnya diadakan esok telah ditunda Khamis ini untuk memberi lebih masa kepada saudara mara yang berada di luar negara untuk kembali ke tanah air.

Angka korban ekoran gempa sekuat 8 pada skala Richter pada Selasa lalu itu telah meningkat kepada 190 orang, dengan 117 mangsa maut di Samoa dan selebihnya di Tonga. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini