Pages

Saturday, October 10, 2009

EGM MCA: Hanya 3 usul dibawa untuk undian

KUALA LUMPUR: Hanya tiga usul dibawa untuk pegundian pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA hari ini daripada lima usul yang dinyatakan sebelum ini, kata Speaker EGM MCA, Datuk Yik Phooi Hong.

Beliau berkata, tiga usul itu ialah undi tidak percaya terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; mengembalikan keahlian Datuk Seri Chua Soi Lek; dan mengembalikan jawatan bekas Timbalan Presiden MCA.

"Dua lagi usul, iaitu membatalkan sebarang keputusan Jawatankuasa Pusat MCA untuk melantik timbalan presiden sebelum EGM dan tiada tindakan dikenakan kepada mereka yang memanggil untuk EGM, dianggap tidak lagi relevan," katanya.



No comments:

Posting Terkini