Suu Kyi diizin temui diplomat Barat
YANGON: Para pegawai tentera Myanmar membenarkan pemimpin pembangkang, Cik Aung San Suu Kyi, bertemu diplomat Barat bagi membincangkan langkah menarik balik sekatan antarabangsa ke atas negara itu.
Pertemuan Cik Suu Kyi, 64 tahun, dengan diplomat Amerika Syarikat, Britain dan Australia itu diadakan di sebuah rumah penginapan pemerintah semalam. -- AP.
Korban taufan 'Melor' di Jepun kini empat orang
TOKYO: Angka korban taufan Melor di Jepun meningkat kepada empat orang semalam, manakala lebih 100 orang cedera.
Mangsa terbaru seorang penternak ikan salmon berusia 63 tahun yang mati lemas dan seorang lelaki berusia 61 tahun yang jatuh semasa membaiki bumbung rumah semasa taufan itu melanda utara Tokyo. -- AFP.
Dua suspek militan ditembak mati polis Indon
JAKARTA: Pasukan antipengganas Indonesia semalam menembak mati dua militan dan menahan dua yang lain dalam satu serbuan di Ciputat, selatan Jakarta, menurut laporan.
Yang terkorban dipercayai Syaifudin Djaelani, yang disyaki merekrut pengebom nekad yang menyerang Hotel Ritz-Carlton dan Hotel JW Marriott Julai lalu, dan adiknya, Mohamad Syahrir, kata sumber polis. -- AFP, Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment