Pages

Saturday, October 10, 2009

Makkal Sakti

SERDANG: Datuk Seri Najib Razak berkata penubuhan Parti Makkal Sakti yang bermaksud 'kuasa rakyat' adalah satu lagi detik bersejarah penting bagi negara.

Perdana Menteri berkata, ini kerana Makkal Sakti adalah sebuah parti yang bertunjangkan kepentingan nasional dan menjadi satu daripada alat yang memperjuangkan denyut nadi rakyat.

"Saya berharap Makkal Sakti akan menjadi sebuah wadah yang berkesan terutama untuk meningkatkan taraf kehidupan kaum India. "Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat, BN juga adalah sebuah parti yang membela nasib rakyat tanpa jemu.

"Justeru, saya merasa gembira kerana Makkal Sakti sedia berkongsi gagasan dan harapan yang sedang diperjuangkan oleh kerajaan sekarang.

"Saya berharap Makkal Sakti akan bersama-sama mendukung gagasan 1Malaysia," kata Perdana Menteri dalam kata-kata aluan dalam buku cenderahati majlis pelancaran Parti Makkal Sakti dan mesyuarat agung kali pertama di MAEPS di sini.

No comments:

Posting Terkini