Pages

Tuesday, September 8, 2009

Sekilas - Malaysia

306 murid positif dadah

PUTRAJAYA: Seramai 306 murid di beberapa sekolah rendah di negara ini dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK. -- BHM.

Internet tidak akan ditapis

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertahankan akta yang menjamin tiada tapisan terhadap kandungan Internet.

Namun kebebasan bersuara bukan hak mutlak dan perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Menurutnya, adalah menjadi kesalahan perkara yang tidak bermoral dan bertentangan dengan undang-undang itu dipaparkan sama ada dalam talian atau sebaliknya. -- BHM.

Pembangkang yakin disokong

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, berkata pentadbiran pembangkang di negeri itu masih mendapat sokongan rakyat dan berjaya dalam mentadbir negeri.

Encik Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bahawa rakyat mula meragui kewibawaan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini