Pages

Tuesday, September 8, 2009

Sekilas - Dunia

PM Taiwan letak jawatan

TAIPEI: Perdana Menteri Taiwan, Encik Liu Chao-shiuan, semalam berkata beliau telah meletak jawatan ekoran daripada kelewatan bantuan pemerintah kepada mangsa Taufan Morakot.

Encik Liu berkata peletakan jawatannya itu diterima Presiden Ma Ying-jeou. Beliau akan digantikan oleh Encik Wu Den-yih.

Taufan Morakot menyebabkan 670 orang terkorban apabila ia melanda Taiwan pada 8 Ogos lalu. -- AP.

Masalah kurang gizi di Korea U

SEOUL: Satu pertiga kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan wanita di Korea Utara kurang zat makanan, demikian menurut agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Korea Utara juga dijangka kekurangan hampir 1.8 tan makanan tahun ini.

Julai lalu, daripada 6.2 juta orang rakyat Korea Utara yang dilaporkan memerlukan bantuan makanan, hanya 1.3 juta daripada mereka menerimanya. -- AFP.

Jerman jadi perantara

KAHIRAH: Pemimpin Hamas, Encik Khaled Meshaal, mengesahkan bahawa Jerman akan menjadi perantara dalam pertukaran banduan Palestin-Israel.

Pertukaran itu turut melibatkan askar Israel, Gilad Shalit, yang kini masih dalam tahanan Palestin.

Bagaimanapun, Encik Meshaal menekankan bahawa usaha itu masih di peringkat awal perbincangan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini