Pages

Thursday, August 27, 2009

Fatwa Songsang

KAHIRAH: Institusi agama tertinggi Mesir telah membenarkan pemain pasukan bola sepak negara itu tidak berpuasa agar dapat membuat persiapan bagi satu perlawanan antarabangsa.

Para pemain bagaimanapun enggan menuruti fatwa yang dikeluarkan itu.

Fatwa itu telah turut mencetuskan kemarahan di kalangan para ulama lain.

Pertandingan Kejohanan Belia Sedunia bagi pemain berusia di bawah 20 tahun itu dijadualkan bermula pada 24 September ini di Mesir, beberapa hari selepas berakhirnya bulan Ramadan.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh institusi agama tertinggi Mesir, Dar al-Ifta, para pemain 'dibenarkan berbuka puasa' agar ibadah itu tidak menjelas latihan mereka bagi membuat persiapan menghadapi pertandingan sedunia itu, kata jurucakap Persatuan Bola Sepak Mesir, Encik Alaa Abdel Aziz.

'Tetapi para pemain semua enggan berbuat demikian. Mereka akan terus berpuasa,' kata Encik Abdel Aziz.

Dar al-Ifta mengesahkan yang ia telah mengeluarkan fatwa itu.

Fatwa itu menjelaskan 'seorang pemain yang tertakluk di bawah kontraknya dengan sebuah kelab, bertanggungjawab menjalankan tugasnya dan jika pekerjaan itu sumber mata pencariannya dan jika beliau perlu mengambil bahagian dalam pertandingan semasa bulan Ramadan dan dengan berpuasa ia boleh menjejas kelakonannya, beliau lantas dibenarkan berbuka'.

Jurucakap Dar al-Ifta, Encik Ibrahim Nigm, berkata mereka yang melakukan kerja berat dan lemah kerana berpuasa dibenarkan berbuka.

Fatwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan sekumpulan cendekiawan agama, Barisan Cendekiawan Azhar.

'Bermain bola ialah satu permainan. Ia bukan sebahagian penting kehidupan yang mewajarkan seseorang itu berbuka puasa semasa Ramadan,' kata kumpulan itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini