Pages

Saturday, July 25, 2009

Sekilas - Dunia

Amaran flu H1N1 disebar seluruh Britain

LONDON: Kerajaan Britain telah melancarkan perkhidmatan talian telefon dan laman web di seluruh negara bagi menyebarkan amaran dan nasihat mengenai wabak Influenza A (H1N1) yang menjangkau 100,000 kes sejak minggu lalu.

Agensi Perlindungan Kesihatan berkata, jumlah mereka yang dianggarkan dijangkiti H1N1 mencecah dua kali ganda kepada 100,000 dengan angka korban masih terkawal. Minggu lalu, kes dijangkiti H1N1 sekitar 55,000 dan 31 maut sejak wabak itu melanda England. -- Reuters.

Bayi mati digigit tikus, seorang lagi hilang jari

CHICAGO: Seorang bayi di Louisiana digigit tikus hingga mati di atas katil manakala seorang lagi bayi di Ohio hilang dua jari kaki juga akibat serangan ganas tikus.

Jabatan Polis Wilayah Pike berkata, tiga didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak selepas mendapati bayi di Ohio yang berusia enam bulan berulang kali digigit tikus dalam tempoh masa yang lama. Tetapi, belum ada tuduhan difailkan berhubung kes bayi di Louisiana. -- AFP.

Turkey sedia bantu atasi konflik Arab -Israel

DAMSYIK: Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata pihaknya bersedia meneruskan inisiatif menyelesaikan konflik Arab dengan Israel tetapi menegaskan negara Yahudi itu perlu mengembalikan semula Bukit Golan kepada Syria.

Bercakap kepada media selepas bertemu Presiden Syria, Encik Bashar Assad, Encik Recep turut menegur perpecahan di kalangan pemimpin Palestin yang mengendalikan Tebing Barat (kumpulan Fatah) dan Jaluran Gaza (Hamas). -- AP.

No comments:

Posting Terkini