Pages

Thursday, July 23, 2009

Jemputan Pertunjukan Fesyen Dan Minum Petang


PROMOSI memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan. Dalam menterjemahkan semangat dan kesungguhan membantu Usahawan Bumiputra, Malaysian Fashion Show dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf akan mempromosikan Usahawan dalam majlis Pertunjukan Fesyen dan majlis minum petang.

Program sehari ini akan memberi peluang kepada usahawan untuk sama ada yang menghasilkan produk makanan, pakaian ataupun perkhidmatan kecantikan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Penganjur program juga memberi peluang kepada para usahawan untuk mengedarkan sample keluaran mereka terutama barangan keperluaan wanita dan hari raya. Ini termasuk kek dan biskut raya.

Bagi tuan punya butik pakaian termasuk tudung dan selendang, inilah peluang terbaik untuk produk mereka diperagakan oleh para pragawati ternama dalam majlis pertunjukan fesyen..

Usahawan yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur ditalian 013 – 268 8589 pada waktu pejabat atau email: malaysianfashionshow@gmail.com

No comments:

Posting Terkini