Korban H1N1 capai 44 di Thailand
BANGKOK: Angka korban jangkitan virus Influenza A (H1N1) di Thailand telah meningkat kepada 44 orang semalam.
Ini menjadikan Thailand negara yang mempunyai jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara.
Sejauh ini, 6,776 orang telah dijangkiti virus itu. -- AFP.
Wartawan kian jadi sasaran di Mexico
MEXICO CITY: Seramai 17 wartawan maut di Mexico sejak 2008, menjadikan negara itu paling merbahaya kepada pengamal media.
Selain itu, 365 kes dilaporkan membabitkan wartawan diserang, menurut pengarah Yayasan Manuel Buendia, Encik Omar Raul.
Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun lalu, 142 wartawan dilaporkan diserang, dengan lima dibunuh. -- AFP.
Dua maut apabila feri karam di Brazil
BRASILIA: Sebuah feri yang membawa lebih 180 penumpang karam di sungai Brazil menyebabkan dua maut, membabitkan seorang budak perempuan berusia lapan tahun dan wanita berusia 50 tahun.
Anggota bomba, polis dan orang awam dilaporkan bergegas ke tempat kejadian kelmarin bagi mengeluarkan mangsa yang dipercayai terperangkap.
Feri Carolina do Norte yang karam di Sungai Negro itu sudah ditunda ke jeti bandar Manaus. -- AFP.
Batu dalam bas untuk kecemasan
BEIJING: Sebuah syarikat pengangkutan awam di China mengambil keputusan menyediakan kemudahan batu-bata dalam semua bas miliknya untuk digunakan bagi memecahkan tingkap ketika berlaku kecemasan.
Seorang jurucakap syarikat Harbin Public Transport berkata batu-bata itu dicat kuning serta ditulis perkataan 'Untuk Kecemasan' dan diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang bahagian tepi. -- Agensi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment