Sejak semalam lagi sekatan jalan raya telah dilakukan polis di beberapa batang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas, malah pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas juga turut sesak dengan penumpang yang tidak mahu menaiki kereta bagi mengelak kesesakan.
Sementara di Seremban, sejak jam 6.00 pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negeri (jalan menuju ke Lebuh Raya Seremban Kuala Lumpur).
Penulis yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi terpaksa menghadapi kesesakan hanya kerana sekatan yang dibuat polis di hadapan Muzium Negeri.
Tiba di Kuala Lumpur, perjalanan masih lancar pada jam 7.20 pagi di Tol Sungai Besi, namun sebaik melepasi Kem Tentera Udara Sungai Besi, susur masuk ke Jalan Istana mula sesak kerana sekatan jalan raya.
Sebaik tiba di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).
Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.
Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.
Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang.
-- Harakah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment