Pages

Monday, March 2, 2009

Setiausaha DUN Perak Biadap @ Kurang Ajar !!!

IPOH: Menjelang sidang tergempar yang dipanggil Speaker, Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mengarahkan kesemua kakitangan DUN membatalkan temu janji masing-masing esok memandangkan pintu ke DUN akan ditutup.

Pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini akan ditutup esok.

Notis Penutupan berkenaan telah ditampal di kompleks yang menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Notis berkenaan dikeluarkan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Notis dua perenggan itu meminta warga bangunan Perak Darul Ridzuan supaya membatalkan semua temujanji pada 3 Mac (esok) di premis tersebut.

Speaker DUN, V. Sivakumar memanggil sidang tergempar pagi esok bagi membincangkan dua notis yang dikemukakan dua orang ADUN.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dijangka mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

No comments:

Posting Terkini