Pages

Thursday, March 5, 2009

Profesor UM temui vaksin udang

TAWAU: Seorang profesor Universiti Malaya menemui vaksin perangsang yang boleh dimakan untuk melawan virus sindrom tompok putih (WSSV), penyakit udang yang serius sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar Amerika Syarikat setiap tahun.

Prof Dr Phang Siew Moi yang mengetuai kajian mengenai vaksin itu berkata, vaksin itu boleh mencetuskan sistem imun dalam udang terhadap WSSV menggunakan lapisan protin viral VP28 yang boleh melindungi udang daripada penyakit yang berbahaya itu.

"Apabila udang memakan vaksin itu, ia akan mula menghasilkan pelalian. Jadi, vaksin itu hanya merangsang tindak balas imun.

"Ia menarik. Kita bukan menukar bentuk udang. Kita boleh memakan udang itu," katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini