Pages

Friday, March 6, 2009

Demokrasi Telah Mati. Malaysia Menyerupai Negara Polis

IPOH:Semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang yang menghadiri apa yang mereka sifatkan sebagai "persidangan tergempar" dewan itu yang berlangsung di bawah sebatang pokok berhampiran bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa lepas, akan dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdulah berkata setakat ini dua daripada mereka telah dipanggil untuk memberi keterangan kerana perjumpaan itu adalah satu perhimpunan haram.

"Polis akan memanggil kesemua mereka yang terlibat termasuk individu yang dikenal pasti melalui gambargambar yang dirakamkan semasa perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Seramai 28 ADUN daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Speaker V.Sivakumar mengadakan perhimpunan itu setelah mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri setelah persidangan itu diisytihar sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Zulkifli berkata, polis juga sedang mengesan enam orang yang terlibat dalam satu perhimpunan di pintu masuk utama bangunan itu kerana didakwa melemparkan katakata kesat kepada polis yang cuba menyuraikan perhimpunan itu.

No comments:

Posting Terkini