Pages

Monday, March 2, 2009

Ogilvy juara WGC-Accenture Match Play

MARANA, Arizona: Geoff Ogilvy memperoleh kejuaraan keenam Jelajah PGA apabila menang mudah 4&3 ke atas Paul Casey dari Britain dalam final Kejohanan WGC-Accenture Match Play.

Berbekal kelebihan tiga lubang selepas mendominasi pusingan pagi, pemain nombor lapan Australia itu mencatatkan lima di bawah par 31 pada sembilan lubang pertama pusingan petang sebelum melengkapkan kemenangan dengan birdie di lubang ke-33.

Ia adalah kejuaraan ketiga beliau dalam acara WGC selepas kejayaan di Accenture Match Play Championship pada 2006 dan CA Championship di Miami tahun lalu. - Reuters

No comments:

Posting Terkini