KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri kepada Perdana Menteri esok.
Beliau berkata surat berkenaan sudah disiapkannya semalam dan ia akan diserahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa mesyuarat Kabinet.
"Saya tidak mempunyai sebarang penyesalan malah berpuas hati dengan apa yang telah berlaku dalam kementerian ini semasa saya menjadi menterinya selama setahun.
"Semasa menjadi menteri saya merasa gembira. Apa yang penting ialah saya berjaya mengubah kementerian yang sebelum ini lebih dilihat sebagai badan penguatkuasa sematamata kepada kementerian yang bercirikan ekonomi disamping pendekatannya yang mesra pengguna," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara hari ini.
Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada persidangan agung Umno yang berakhir Sabtu lepas.
Beliau hari ini berkata peletakan jawatan oleh seorang menteri bukan merupakan perkara baru kerana ia sudah lama berlaku.
"Ini adalah perkara biasa dalam parti apatah lagi bagi saya, prasyarat untuk berada dalam kabinet adalah perlu mendapat sokongan daripada ahli parti. Apabila menteri kabinet gagal dalam pemilihan, sama ada mereka akan digugurkan atau meletak jawatan sendiri, itu perkara biasa.
"Kegagalan saya memenangi jawatan MT menunjukkan ahli parti tidak menerima prestasi saya sebagai wakil Umno dalam kerajaan," kata Shahrir.BERNAMA
Tuesday, March 31, 2009
SPRM minta setahun banteras rasuah

Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamad, berkata semua pihak perlu memberi peluang kepada SPRM untuk membuktikan keupayaannya membanteras gejala rasuah.
"Beri kami setahun dan kami akan buktikan usaha kami akan berjaya memerangi rasuah.
"Kami sedia dikritik jika gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan," katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Persidangan Anti Rasuah anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asean (Asli) dan Ketelusan Antarabanga Malaysia di sini, semalam.
Abu Kassim berkata, SPRM juga tidak pernah atau sengaja menyembunyikan kes rasuah berprofil tinggi yang dilaporkan kepada mereka.
Sebaliknya, SPRM sentiasa berusaha menyiasat setiap kes rasuah yang dilaporkan oleh pengadu.
"Inilah kesukaran yang kami hadapi kerana persepsi masyarakat terhadap kami," katanya.
Program DSAI
Program DSAI di Bukit Selambau 30 Mac 2009:
Tempat: JDM Bukit Rusa, Bukit Selambau
Masa: Jam 10 Malam
Hubungi: Sdr. Saiful Izham 012 321 1162
Program DSAI di Batang Ai 1hb April 2009:
4.30 PM: Rumah Panjang Lubok Subong
7.00 PM: Solat Maghrib di Masjid Kg Melayu
8.00-9.00 PM: Lawatan Rumah Panjang (akan ditentukan kemudian)
10 malam: Ceramah perdana di Lubok Antu
Untuk dihubungi: Sdr Hasrul Muhaimin Hasbi 012 2239 738
Program DSAI di Bukit Gantang
2 April 2009 (Khamis);
8 malam:Ceramah di Markaz Trong
10 malam: Ceramah di Markaz Sungai Tinggi
5 April 2009 (Ahad)
9-11 pagi: Prog bersama YB Nizar
11pg -1 tghari: Dialog dengan Warga Guru
1-2 ptg: Jamuan Rakyat di DUN Sepetang (tempat akan di tentukan kemudian)
2-5 ptg:Rehat/meeting dgn Petugas
5-7ptg:Hi-Tea di DUN Changkat Jering
7.30 -8.30 mlm: Tazkirah (Surau/Masjid akan ditentukan)
9 - 11 mlm - 2: Ceramah Perdana
Untuk dihubungi: Hj Ismail 012 508 0344
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

MILITAN SERANG AKADEMI POLIS PAKISTAN
ISLAMABAD: Pasukan keselamatan Pakistan semalam menumpaskan kumpulan militan yang menyerang sebuah akademi polis di Manawan, Lahore, selepas pertempuran sengit mengorbankan 25 orang dan mencederakan 90 yang lain.
'Empat pengganas dibunuh. Beberapa lagi ditangkap. Kami sedang menyoal siasat seorang penyerang yang bertutur bahasa Pasjtu,' kata Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Encik Rehman Malik, seperti ditukil Geo TV.
Beliau mengesyaki serangan dilakukan kumpulan militan Pakistan, termasuk Lashkar-e Jhangvi, Lashkar-e-Taiba dan Jaish-e-Mohammad.
Sorotan televisyen menunjukkan polis yang kegirangan memekik 'Allahu Akbar' dan melepaskan tembakan ke udara sebaik saja operasi komando berakhir.
Gabenor Punjab, Encik Salman Taseer, berkata lapan hingga 10 penyerang terlibat, tetapi pegawai lain berkata jumlahnya 12 orang.
Stesen televisyen Geo TV menukil pihak polis sebagai berkata 25 orang terbunuh dan 90 cedera dalam serangan itu.
Seorang pegawai polis yang cedera berkata serangan berlaku ketika rekrut polis melakukan kawat sekitar 7.30 pagi.
'Sebutir bom tangan mengenai platun dekat kami, disusuli tembakan selama 20 minit,' kata beliau.
Mereka berbalas tembakan dengan polis dan askar selama lapan jam.
'Kami diserang dengan bom. Asap tebal menyelebungi kami. Kami semua lari lintang pukang,' kata seorang lagi polis yang cedera, Encik Mohammad Asif.
Sorotan televisyen menunjukkan mayat polis tertiarap atas tanah. Ada pegawai merangkak keluar lewat mayat rakan mereka yang terbujur.
Sejurus sebelum 4 petang pasukan komando melancar operasi untuk merampas semula bangunan akademi, kata Mejar Jeneral Shafqaat Ali.
'Pasukan kami menyerbu tingkat atas tempat mereka berkubu. Operasi berakhir dan bangunan dapat kami kuasai,' kata beliau.
Seorang lagi pegawai polis, Encik Babar Baluch, berkata: 'Lima penyerang terbunuh dalam operasi. Tiga lagi meletupkan diri.'
Terdapat laporan bahawa ada mangsa dijadikan tebusan, tetapi ini belum dapat disahkan. -- AP, AFP, Reuters.

GERILA ABU SAYYAF UGUT BUNUH TEBUSAN HARI INI
MANILA: Gerila Abu Sayyaf yang menahan tiga pekerja Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata mereka akan memenggal kepala seorang tebusan 2 petang ini jika askar Filipina tidak berundur dari seluruh Pulau Jolo, di selatan Filipina, menurut seorang pegawai pemerintah semalam.
Panglima Abu Sayyaf, Albader Parad, mengancam akan memenggal kepala seorang daripada tiga tebusan warga Switzerland, Italy dan Filipina itu pada waktu setempat kecuali polis dan askar berundur dari 15 kampung di Pulau Jolo dalam masa 24 jam, kata Setiausaha Dalam Negeri, Encik Ronaldo Puno.
Tuntutan baru itu disampaikan lewat kelmarin, hanya beberapa jam selepas askar dan polis Filipina berundur dari hutan tempat mereka mengepung 120 gerila Abu Sayyaf dan tiga tebusan itu, kata Encik Puno.
Pengunduran itu membolehkan Abu Sayyaf menguasai lima bandar dan kawasan seluas 140 kilometer persegi di pulau tersebut, kata beliau.
Tetapi Abu Sayyaf kini mahu semua pasukan keselamatan meninggalkan pangkalan mereka dan membiarkan setengah juta penduduk 'tanpa sebarang perlindungan.'
'Tuntutan mereka malam tadi mustahil dapat kami penuhi,' kata Encik Puno dalam satu sidang akhbar .
Namun, pihak berkuasa akan mencari jalan untuk menyelamatkan tebusan 'hingga saat akhir', ujarnya.
Gerila Abu Sayyaf menculik Cik Mary Jean Lacaba dari Filipina, Cik Andreas Notter dari Switzerland dan Cik Eugenio Vagni dari Italy ketika mereka menjalankan misi kemanusiaan pada 15 Januari lalu.
Gabenor Jolo, Encik Abdusakur Tan, awal semalam berkata pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur lagi.
'Kami sudah lakukan apa yang kami mampu. Saya tidak tahu sama ada terdapat tolak ansur lain selain berundur dari seluruh pulau ini. Kami berharap mereka tidak melaksanakan ancaman mereka esok,' katanya.
Jurucakap Presiden Gloria Arroyo, Encik Cerge Remonde, juga berharap 'penyamun itu ada peri kemanusiaan dan membebaskan tebusan'. -- AP, AFP, Bloomberg.

SYRIA GESA LIGA ARAB TOLAK WARAN TANGKAP KE ATAS PRESIDEN SUDAN
DOHA: Pemimpin dunia Arab semalam memulakan sidang puncak tahunan mereka di Qatar, yang turut dihadiri Presiden Sudan, Encik Omar al-Beshir, yang dituduh melalukan jenayah perang di Darfur oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Bagaimanapun, pemulauan sidang puncak dua hari itu oleh Presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, memalapkan harapan bagi meredakan ketegangan antara beberapa pemimpin Liga Arab.
Seramai 17 ketua negara dari 22 negara anggota Liga Arab, dan Perdana Menteri Iraq, Encik Nouri al-Maliki, hadir semasa ucapan perasmian oleh Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad.
Encik Assad menggesa para pemimpin Arab itu supaya menolak waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Encik Beshir berhubung konflik di Darfur.
Beliau berkata juga perdamaian antara dunia Arab dan Israel tidak boleh dicapai tanpa kesediaan pemimpin Israel.
'Israel yang membunuh inisiatif, bukan sidang puncak Doha,' kata beliau merujuk kepada inisiatif damai Arab 2002.
Pelan damai itu menawarkan pemulihan hubungan dengan Israel sebagai tukar ganti bagi pengunduran tentera Israel dari semua wilayah Arab yang ditawa dalam Perang Arab-Israel 1967.
Sesetengah pemimpin Arab yang bermesyuarat di Doha Januari lalu menggesa agar ditarik balik pelan damai itu selepas serangan Israel ke atas Gaza.
Encik Beshir diberi sambutan hangat di Doha, menggambarkan sokongan dunia Arab terhadapnya selepas ICC mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 4 Mac lalu.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, turut menghadiri sidang itu meskipun ia dihadiri sama oleh Encik Beshir.
'Sudan sebuah negara anggota PBB, sedangkan ICC sebuah badan kehakiman bebas. Ini tidak menghalang PBB berurusan dengan Sudan,' kata seorang pegawai PBB kepada AFP.
Sabtu lalu, para menteri luar negara-negara Arab meluluskan satu deklarasi menggesa ICC menghentikan semua prosiding terhadap Encik Beshir dan menggesa semua negara Arab menolak keputusan ICC. -- AFP.

SEKILAS - DUNIA
Khuatir tegang pilihan raya di Aceh
BANDA ACEH: Gabenor Aceh, Encik Irwandi Yusuf, berkata semalam beliau bimbang ketegangan di wilayah itu menjelang pilihan raya bulan depan dan mahu pemerhati daripada Kesatuan Eropah (EU) memantau pilihan raya.
Bekas gerila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) itu menolak kebimbangan bekas gerila akan mengambil alih kuasa dan berusaha mendapatkan kemerdekaan.
Semalam sebutir bom tangan meletup di rumah pengerusi Parti Aceh, Encik Alimuddin Jabat. -- AP, Reuter.
Lapan korban pengebom maut
KANDAHAR: Seorang pengebom maut menyerang sebuah pejabat daerah di Dand, dekat Kandahar, selatan Afghanistan semalam, menyebabkan sembilan orang terbunuh dan lapan cedera, menurut polis.
Serangan berlaku sewaktu pihak berkuasa mengumumkan tiga polis dan lima militan terbunuh dalam serangan bom di tempat lain. Penyerang masuk ke pejabat pendaftaran penduduk lalu meletupkan diri, kata ketua polis. -- AFP.
Penyokong Thaksin akan disurai
BANGKOK: Polis Thai semalam memberi amaran akan menyuraikan penyokong mantan perdana menteri, Encik Thaksin Shinawatra, yang mengepung Bangunan Kerajaan sejak lima hari di Bangkok.
Polis tidak mahu mereka menghalang para menteri pergi ke pejabat. Jika tidak polis akan menyuraikan penunjuk perasaan dengan cotar pada peringkat permulaan, kata satu kenyataan polis. -- AFP.

CIMB TAWAR CUTI TANPA GAJI LEBIH PANJANG
KUMPULAN kewangan kedua terbesar di Malaysia, CIMB Group, yang mempunyai cawangan di Indonesia, Thailand dan Singapura, akan menawarkan cuti tidak berbayar untuk tempoh lebih panjang kepada 36,000 kakitangannya di bawah 'Program Pemulihan Kakitangan' bermula bulan depan.
Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Nazir Razak, berkata program itu bukan untuk memberhentikan pekerja tetapi memberikan mereka pilihan untuk mengambil cuti tidak berbayar yang lebih panjang - antara satu dengan enam bulan.
Mengenai sama ada program itu akan mengurangkan kos, beliau berkata: 'Kami tidak mempunyai sasaran tetapi akan ada penjimatan kos. Ia satu langkah yang positif dan situasi sama-sama menang.'
'Program tersebut juga melibatkan cawangan di Indonesia, Thailand dan Singapura,' katanya kepada pemberita pada majlis perasmian kerjasama strategik 10 tahun antara CIMB Wealth Advisors Bhd dengan AIA Bhd, di Kuala Lumpur semalam, lapor Bernama.
Kerjasama itu akan menawarkan pelbagai rangkaian penyelesaian perlindungan insurans kepada pelanggan.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Wealth, Encik Tan Beng Wah, berkata kerjasama itu akan membolehkan lebih 5,500 ejen dan perancang kewangan memasarkan pelbagai rangkaian produk insurans ditaja jamin oleh AIA dan anak syarikatnya, AIA Takaful International Bhd (Atib) kepada pelanggan mereka yang semakin bertambah.
'Kerjasama itu juga akan membuka pintu kepada CIMB Wealth untuk menjual produk Atib, pengendali takaful antarabangsa pertama Malaysia yang diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia,' katanya.
Encik Tan berkata kerjasama itu juga akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan dan kepakaran mereka dalam bahagian perancangan harta dan juga penyelesaian perlindungan insurans untuk menawarkan rakyat Malaysia pendekatan holistik kepada perancangan kewangan.
CIMB Wealth merupakan anak syarikat CIMB-Principal Asset Management Bhd dan dimiliki bersama oleh CIMB Group dan Principal Financial Group dari Amerika Syarikat.
Tahun lalu, CIMB Group melancarkan cabang perbankan pengguna terbaru, Bank CIMB, di sini yang menyediakan khidmat pengurusan harta, perbankan privet dan pelanggan korporat. Berserta sebuah lagi anak syarikat broker saham milik kumpulan itu, CIMB-GK, Bank CIMB kini mempunyai operasi yang kukuh di Singapura dengan aset lebih $1.5 bilion jika digabungkan.
Ia merancang memanfaatkan kekuatan kumpulan untuk menyediakan khidmat perbankan Islam, perbankan pelaburan dan kewangan di sini.
CIMB Bank menerima lesen bank penuh dan mula beroperasi pada 1 November 2006 selepas bergabung dengan Southern Bank Berhad (SBB).

Kapal bawa 257 pendatang karam di Libya
KAHERAH: Sebuah kapal membawa 257 pendatang yang dalam pelayaran ke Eropah, karam kira-kira 30 kilometer di luar perairan Libya, hari ini, lapor agensi berita Mena.
Ahmed Rizq, konsulat yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Luar di sini berkata, setakat ini 20 penumpang termasuk enam warga Mesir berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Libya.
Kapal berkenaan karam selepas berlepas dari Sidi Bilal, berhampiran ibu negara Tripoli pada pagi Ahad.
Pasukan penyelamat Libya juga menemui mayat penumpang termasuk 10 warga Mesir, lapor Mena yang memetik Rizq.
Sehingga ini, tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mangsa yang terkorban akibat kejadian itu. - AFP

Pintu masuk negara dikawal ketat tangkap Helmi
KUALA LUMPUR: Polis telah meminta pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk negara supaya memperketatkan kawalan bagi menangkap bekas teman lelaki Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dipercayai berada di Batam, Indonesia.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihak berkuasa di pintu masuk sempadan negara dan lapangan terbang sudah dimaklumkan mengenai waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Helmi Malek, 32.
Tindakan itu dibuat setelah lelaki terbabit masih belum muncul untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Wong, Exco kerajaan Selangor, di internet.
Ku memberitahu bahawa waran tangkap yang dikeluarkan minggu lalu tidak perlu diserahkan kepada keluarga Helmi dan tangkapan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Helmi menghilangkan diri sejak 9 Februari lalu selepas dikaitkan dengan penyebaran gambar tersebut sehingga tindakan itu memaksa Adun itu menawarkan diri untuk meletak jawatan.
Bagaimanapun, kerajaan Selangor menyarankan supaya Wong bercuti sehingga polis selesai menjalankan siasatan. - Bernama

Mosti bangunkan Bank Inovasi berasas internet
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan membangunkan Bank Inovasi yang berasaskan internet bagi membolehkan orang ramai mengirimkan idea inovatif dan kreatif dalam setiap aspek kehidupan mereka.
Menterinya, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili berkata bank itu akan memuatkan laman web kementerian berkenaan iaitu www.mosti.gov.my.
"Semua rakyat Malaysia yang mempunyai idea kreatif mengenai cara untuk meningkatkan kehidupan orang lain boleh mengirimkan cadangan kepada Bank Inovasi.
"Setiap cadangan mestilah mudah tetapi mempunyai kesan mantap untuk mengubah cara kita melakukan kerja," katanya.
Ongkili berkata kementeriannya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menjadikan tahun depan sebagai tahun inovasi dan kreativiti. - Bernama

Siti Aishah dibebas dari penjara Pakistan
GEORGETOWN: Siti Aishah Hamid yang sebelum ini ditahan di penjara Pakistan akibat diperdaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dilaporkan sudah dibebaskan dan dijangka tiba di tanah air esok.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bayan Baru, Norman Zahalan berkata Siti Aishah, 44, dibebaskan selepas mahkamah di Pakistan mendapati beliau tidak bersalah dan diperdaya pihak tertentu.
Beliau ditahan di sebuah penjara di Pakistan pada 27 April tahun lalu. Siti Aishah, dari Batu Maung dan menghidap penyakit tulang, dijangka berlepas dari lapangan terbang di Karachi hari ini untuk pulang ke tanah air.
"Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 7 pagi esok, sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dan tiba jam 11 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas," katanya.
Norman berkata, suami Siti Aishah, Jaafar Noor sudah berada di Kuala Lumpur untuk menyambut kepulangannya.
Siti Aishah dilaporkan terpedaya dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menawarkan hadiah berupa pakej melancong ke Singapura. - Bernama

Guna tenaga jatuh 550MW semasa Earth Hour
KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima kenyataan bahawa kempen "Earth Hour" bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang berkuasa 40 watt setiap satu.
"Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga dari 8.30 malam hingga 9.30 malam Sabtu lalu, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.
"Semuanya berjalan lancar dan kami mampu memberikan reaksi kepada permintaan yang sedikit rendah tanpa menimbulkan gangguan dalam operasi," katanya.
Che Khalib berkata, TNB tidak menyangka dengan sokongan dan penghargaan yang ditunjukkan oleh kebanyakan pelanggan terhadap kempen yang disertai masyarakat di seluruh dunia.
"Permintaan memuncak begitu cepat pada jam 9.30 malam mengikut pola permintaan yang biasa pada petang Sabtu," katanya. - Bernama

Pengguna internet diingatkan tentang spam berniat jahat
SINGAPURA: Spam atau emel tidak diundang berniat jahat baru serta berskala besar, dipaparkan dalam bentuk emel daripada syarikat kurier DHL, sedang hebat menyerang, demikian amaran yang dikeluarkan oleh syarikat keselamatan dan pengawalan IT, Sophos, hari ini.
Katanya dalam satu kenyataan di sini bahawa pengguna internet akan menerima mesej bahawa syarikat kurier itu cuba menghantar sebuah bungkusan kepada mereka pada 14 Mac.
"Mesej itu juga menyatakan bahawa mereka perlu mencetak invois yang disertakan yang mengandungi satu fail zip dan membawanya ke pejabat DHL," jelasnya.
Menurut Sophos, pengguna komputer yang terbabit dalam penipuan itu dan membuka ‘dhl_n756512.zip’, tidak akan dapat melihat sebarang invois tetapi sebenarnya memuat turun "Trojan horse" yang berniat jahat, yang dikenali sebagai Troj/Agent-JJP ke dalam komputer mereka, memberikan penggodam akses yang terhad.
Kesemua emel menggunakan tajuk, ''DHL Tracking number'' tetapi mempunyai nombor rujukan yang dijana secara rawak, katanya, sambil menambah bahawa penipuan itu yang kedua berlaku dalam jangka waktu seminggu dengan penyamaran sebagai DHL. - Bernama

SPR: Sistem penamaan calon perlu dipinda
TAIPING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat sistem penamaan calon yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula bagi mengelakkan suasana tegang ketika penamaan calon.
Mengambil kira perkembangan semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, sudah tiba masanya pelbagai pihak melihat tentang keperluan mengkaji semula sistem tersebut.
"Kita perlu melihat semula sama ada sistem penamaan calon sedia ada sesuai ataupun tidak dengan keadaan semasa.
"Adakah kita perlu adakan perarakan besar, kehadiran penyokong yang ramai semasa proses penamaan calon sehingga cetuskan suasana tegang dan tidak senang," katanya

Monday, March 30, 2009
Ahli Pekida dihukum gantung
SHAH ALAM: Seorang ahli Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) hari ini dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana membunuh seorang lelaki pada 2003.
Hakim, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menjatuhkan hukuman itu ke atas Irwan Amat, 32, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya buktikan tuduhan membunuh melampaui keraguan munasabah.

Krisis Ekonomi Sejagat Dan Masa Depan ASEAN

Professor Pirom Kamolratanakul, Rektor Universiti Chulalongkorn akan menjadi hos forum tersebut manakala HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, Wizurai Bangkok dan mantan Timbalan Menteri Luar Thailand akan menyampaikan ucapan pendahuluan.
Acara ini adalah sebahagian dari siri syarahan oleh pemimpin ASEAN terkemuka bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan cita-cita untuk pembangunan demokrasi serta perkembangan rantau di tengah dunia yang melangkah pesat ini. Forum ini dianjurkan oleh Thailand Political Database Project.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
—–
-PRESS ANNOUNCEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE-
MARCH 30, 2009 - Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim will deliver a keynote address on the “Global Economic Crisis and the Future of ASEAN” at Chulalongkorn University in Bangkok on March 30th at 1:30 PM. Anwar Ibrahim, the former Malaysian Minister of Finance will discuss the current global recession in the context of his leadership during the 1997 Asian Financial Crisis and offer perspectives on forging a more stable and prosperous future for the Asean region.
Professor Pirom Kamolratanakul, rector of Chulalongkorn University will host the event and HRH Sukumphan Paribatra Boriphat, the Bangkok Governor and Former Deputy Minister of Foreign Affairs, will deliver an introductory speech.
The event is part of a broader series of lectures by outstanding ASEAN leaders to speak in order to share experiences, concerns and visions regarding the development of democracy and development of the region in a fast changing world. It is organised by the Thailand Political Database Project.
The lecture will take place in Room 212 Mahitalatibej Building at Chulalongkorn University in Bangkok. A press conference will follow beginning at 4:15 PM in Room 208 of the Mahitalatibej Building. Please RSVP at +6622618951,+6622618953, Fax : +6622618950 (Miss Aruchita Auttamapokin)
E-mail: thaiswatch2007@gmail.com
http://www.thaiswatch.com/anwarliveinbangkok
THE OFFICE OF ANWAR IBRAHIM
Sunday, March 29, 2009
Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir
Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.
Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.
"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.
"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.
"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).
Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.
"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.
Harakah

Penyokong UMNO/BN Biadap dan Kurang Ajar
TAIPING: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang menjadi tumpuan kontroversi dalam isu krisis politik, hari ini dilontarkan dengan botol-botol ketika tiba pada sesi penamaan calon kerusi Parlimen Bukit Gantang di sini.
Kereta beliau dibaling dengan beberapa botol air oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) semasa tiba kira-kira 11 pagi tadi.
Ketika ditemui wartawan di luar pusat penamaan calon, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mengesahkan keretanya dibaling botol oleh penyokong-penyokong BN.
"Kempen tidak harus dicemari dengan cara sebegini. Pakatan Rakyat akan mematuhi peraturan pilihan raya.
"Oleh itu, BN harus memastikan perkara yang sama tidak berlaku," kata beliau yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Nizar tanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang. Beliau hadapi saingan calon BN dan calon Bebas.
DAP dan PAS merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.

Roket Korea Utara Dikesan

Global concern has been mounting over North Korea’s announcement that it would launch a communications satellite between April 4 and 8.
The United States, Japan and South Korea believe Pyongyang is actually testing a Taepodong-2 missile that could, in theory, reach Alaska.
Continue reading here
Seramai 15 calon merebut kerusi DUN Bukit Selambau
Berdasarkan kedudukan calon atas kertas undi, mereka terdiri daripada R. Loganathan (guna simbol Kelapa Sawit), Tan Hock Huat (Kunci), Radzi Md Lazim (Kerusi), S. Manikumar (PKR) dan Mohd Fazil Abdul Wahab (Kepala Harimau).
Calon lain ialah Abdul Rahim Abdul (Jam Loceng), L.Sarala (Basikal), S. Ganesan (BN), A. Jayagopal (Payung), S. Mogankumar (Buku), Khamis Awang (Ayam Jantan), Husaini Yaacob (Bas), M. Vaneson (Ikan), Anuar Abdul Hamid (Telefon) dan T. Chandrarajah (Kapal Terbang).

Pertandingan 15 penjuru, DUN Bukit Selambau cipta sejarah
SUNGAI PETANI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.
Tiada pencalonan ditolak walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima beberapa bantahan sehingga tempoh bantahan tamat pada jam 11 pagi tadi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Abdullah Md Akhir, mengumumkan demikian di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1.
Calon BN ialah Datuk S Ganeson manakala calon PKR ialah S Manikumar.
Manikumar pula diiring beberapa pemimipin PKR, Pas dan DAP.

Johnny batal hasrat bertanding, sokong PKR
BATANG AIR: Calon Bebas, Johnny Chuat, 38, tidak mengemukakan borang pencalonan dan mengisytiharkan sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah anak Gerang, 55.
Turut mengemukakan pencalonan ialah calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh.

Pertandingan satu lawan satu di Batang Air
LUBOK ANTU: Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Malcom Mussem Lamoh dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang.
Pertandingan tiga penjuru di Bukit Gantang
TAIPING: Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian; Calon Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris.
Pengumuman pengesahan calon bertanding dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan raya, Datuk Mahmod Morshidi jam 11.20 pagi tadi.
Beliau berkata, calon paling awal kemuka borang pencalonan ialah Mohammad Nizar jam 9.06 pagi diikuti Ismail (9.20 pagi) manakala Kamarul Ramizu (9.35 pagi).
Katanya, ketika tempoh bantahan selama sejam yang ditetapkan, SPR menerima tiga bantahan tetapi mendapati ia tiada asas dan menerima ketiga-tiga calon berkenaan

15 kemuka pencalonan di Bukit Selambau
SUNGAI PETANI: Seramai 15 calon termasuk calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganeson, mengemukakan pencalonan masing-masing untuk bertanding pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Ganeson adalah tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 pada jam 9.15 pagi selepas memberi laluan kepada 11 calon lain, termasuk calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikumar, untuk masuk dahulu.
Bagaimanapun, tiga lagi calon Bebas tiba sejurus kemudian.

PILIHAN RAYA KECIL DUN BUKIT SELAMBAU
9:15 PAGI : Calon BN, Datuk S. Ganeson tiba dan jumlah itu mencukupkan 12 calon yang dijangka bertanding.
9:00 PAGI : Rombongan Barisan Nasional (BN) berjulmah kira-kira 6,000 orang tiba. Rombongan itu diketuai oleh Naib Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan diiringi oleh Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, A.Kohilan Pillay dan Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim.
9:00 PAGI : Proses penyerahan borang pencalonan bermula dan ia berlangsung selama sejam.
8:45 PAGI : Calon Bebas wanita tunggal, L. Sarala tiba di pusat penamaan calon.
8:40 PAGI : Calon PKR, S. Manikumar diringi oleh Azmin, ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng dan ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.
8:40 PAGI : Calon Bebas, R.Loganathan tiba di pusat penamaan calon.
8:35 PAGI : Calon Bebas, Radzi Md razif tiba di pusat penamaan calon.
8:30 PAGI : Ketibaan calon bebas, Mohd Fazil Abdul Wahab di pusat penamaan calon.
8:25 PAGI : Rombongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba diketuai Naib Presidennya, Azmin Ali. Ketibaan mereka diiringi dengan tarian naga dan paluan gendang.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam dan ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan.
Menurut Azmin, rombongan yang hadir pada pagi ini berjumlah sekurang-kurangnya, 20,000 orang.
8:15 PAGI : Calon Bebas, S.Mogankumai tiba di pusat penamaan calon.
8:10 PAGI : Calon Bebas, Abdul Rahim Abu tiba di pusat penamaan calon.
8:05 PAGI : Calon Bebas, M.Vaneson tiba di pusat penamaan calon.
7.50 PAGI : Suasana sekitar pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 masih lengang tanpa kehadiran penyokong calon yang bertandng.
Bagaimanapun kelihatan beberapa kumpulan penyokong telah mula berarak masuk ke kawasan penamaan calon.
Sementara itu juga terdapat sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat tinjauan di udara.
7:35 PAGI: Calon Bebas, Anuar Abdul Hamid, tiba di pusat penamaan calon.
7:30 PAGI : Calon Bebas, T. Chandrarajah, tiba di pusat penamaan calon.
7:20 PAGI : Calon Bebas, Husaini Yaacob tiba di pusat penamaan calon.

Pilihanraya Kecil BUKIT GANTANG
PARLIMEN BUKIT GANTANG
9.43 PAGI : Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin bersalam dengan penyokong PAS disambut dengan sorakan.
9.35 PAGI : Calon bebas, Kamarul Ramizu masuk ke dalam dewan bagi menyerahkan borang penamaan calon.
9.30 PAGI : Jumlah orang ramai yang berhimpun di sekitar pusat penamaan calon hampir 20,000.
9.20 PAGI : Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.
9.15 PAGI : Bekas MB Perak Nizar Jamaluddin dan calon BN Ismail Safian sudah serah borang penamaan calon.
9.10 PAGI : Calon BN, Ismail Safian tiba dengan diiringi oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
9.05 PAGI : Datuk Seri Mohamad Nizar masuk menyerahkan borang penamaan calon.
9 PAGI : Proses penamaan calon bermula.
8.45 PAGI : Calon PAS, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba.
8.30 PAGI : Hampir 12,000 orang sudah mula berhimpun melibatkan kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.
Kelihatan lebih ramai penyokong Pakatan.
8 PAGI : Pemimpin kanan BN dan Pakatan mula berhimpun termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu.
7.50 PAGI : Pasukan FRU dikerah untuk mengelak suasana tegang dan kumpulan penyokong Pakatan Rakyat diarah beralih sejauh 100 meter dari kawasan himpunan BN.
7.40 PAGI : Suasana tegang mulai dirasai dengan penyokong-penyokong mula 'bersemuka' dalam jarak tidak sampai 10 meter.
7.30 PAGI : Ribuan penyokong mula berkumpul di kawasan sekitar Wisma Perbandaran Taiping.

Saturday, March 28, 2009
Seruan Kepada Seluruh RAKYAT MALAYSIA

RAKYAT tidak mampu dan tidak akan bunuh Najib Razak menggunakan C4, tetapi RAKYAT boleh dan mesti bunuh Najib, BUKAN bunuh orangnya, tetapi bunuh agenda politik jahatnya melalui asakkan, desakan, tekanan dan demontrasi berterusan dan besar-besaran.
Salam Takzim. Salam Perjuangan.
KERAJAAN RAKYAT.com
Tun Mahathir sahkan akan sertai semula Umno

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau akan menyertai Umno semula.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri hari terakhir perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, beliau akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai 'selepas beberapa perkembangan'.
"Saya kena isi borang, lambat sikit. Saya akan beritahu kemudian. Saya sedang menunggu beberapa perkembangan," katanya kepada pemberita selepas hadir mengikuti hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Pada 19 Mei tahun lepas, Dr Mahathir dalam satu ceramah di Alor Star mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.
Abdullah hadap Agong 2 April, maklum letak jawatan PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.
Beliau berkata demikian semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

JEPUN KELUAR ARAHAN TEMBAK ROKET KOREA UTARA
TOKYO: Menteri Pertahanan Jepun, Encik Yasukazu Hamada, semalam mengarahkan tentera negara itu agar menembak sebarang peluru berpandu atau serpihan roket Korea Utara yang memasuki ruang udara Jepun sekiranya pelancaran roket Pyongyang gagal.
Majlis keselamatan pagi ini memutuskan untuk mengeluarkan perintah pemusnahan terlebih awal,' kata Encik Hamada.
'Kami akan lakukan yang terbaik bagi menangani sebarang benda terbang dari Korea Utara.
'Sama ada ia satelit ataupun peluru berpandu, kami tdak suka apa saja yang terbang melintasi wilayah kami. Tindakan itu mesti dihentikan. Apa pun tujuannya, kami mahu (Korea Utara) membatalkan pelancaran tersebut,' tegas Encik Hamada.
'Kami akan hapuskan apa saja yang membahayakan kami,' tambahnya.
Korea Utara sebelum ini berkata ia akan melancarkan satelit komunikasi pada 4 April ini, dan memberi amaran bahawa serpihan daripada pelancaran roket itu mungkin jatuh di perairan dekat wilayah Akita dan Iwate di utara Jepun.
Encik Hamada memberitahu pemberita di Parlimen bahawa beliau telah mengarahkan penghantaran peluru penangkis bumi ke udara dan laut ke udara di kawasan yang terdedah terhadap risiko.
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan berkata dua kapal yang dilengkapkan dengan sistem Aegis yang berupaya memintas sebarang peluru berpandu akan dihantar ke Laut Jepun.
Sistem peluru penangkis Patriot (PAC-3) juga akan diaktifkan di wilayah Akita dan Iwate.
Pihak berkuasa tidak menjangka sebarang peluru berpandu atau serpihan roket akan jatuh di wilayah Jepun jika pelancaran satelit Korea Utara berjaya, kata Ketua Setiausaha Kabinet, Encik Takeo Kawamura, kepada pemberita semalam.
Beliau meminta rakyat Jepun supaya bertenang dan berjanji akan memberitahu mereka sejurus Korea Utara melancarkan roket, dan berkata besar kemungkinan ia tidak jatuh di wilayah Jepun.
'Kami mahu semua orang meneruskan kehidupan harian seperti biasa,' tegas Encik Kawamura.
Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat, Encik Dennis Blair, berkata Korea Utara mahu menunjukkan kepada dunia bahawa ia memiliki teknologi melancarkan peluru berpandu balistik.
Amerika mengesyaki Pyongyang berhasrat melancarkan ujian peluru berpandu Taepodong-2 yang boleh mengenai Alaska.
'Korea mahu menunjukkan keupayaan peluru berpandu balistik melalui pelancaran satelitnya ke angkasa lepas,' kata Encik Blair.
Kelmarin Pyongyang mengancam akan menarik diri daripada rundingan enam hala sekiranya ujian satelitnya dirujuk kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) oleh Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton. -- AP, AFP, Reuters, Bloomberg.

MENTERI PERTAHANAN AUSTRALIA ALAMI TEKANAN AGAR LETAK JAWATAN
SYDNEY: Menteri Pertahanan Australia, Encik Joel Fitzgibbon, semalam mengalami tekanan agar meletak jawatan selepas beliau mengakui menerima hadiah, termasuk penerbangan percuma ke China, daripada seorang wanita rakyat Australia keturunan Cina, tetapi tidak membuat perisytiharan mengenainya.
Perdana Menteri Australia, Encik Kevin Rudd, berkata beliau 'kecewa' dengan Encik Fitzgibbon kerana tidak mengisytiharkan hadiah, termasuk penerbangan percuma daripada seorang ahli perniagaan wanita kelahiran China.
Encik Fitzgibbon semalam memohon maaf kerana tidak mendedahkan kepada Parlimen hadiah yang diterimanya daripada Cik Helen Liu, termasuk penerbangan percuma ke China pada 2002 dan 2005, dan sepasang baju yang kemudian dipulangkannya.
Menurut Encik Fitzgibbon beliau saling menghantar hadiah hari jadi dan Krismas dengan Cik Liu, yang disifatkannya sebagai rakan keluarganya.
'Ia sudah lama berlaku. Ia satu kesilapan. Ia sesuatu yang tidak wajar. Saya mohon maaf kerana perkara tersebut,' kata Encik Fitzgibbon kepada pemberita.
Beliau pada mulanya menafikan menerima apa-apa selain 'sedikit hadiah' daripada Cik Liu selepas hubungan mereka dibocorkan kepada media.
Tetapi dalam satu kenyataan malam kelmarin Encik Fitzgibbon mengakui 'lawatan itu dibayar oleh Cik Helen Liu secara peribadi atau rakan niaganya'.
Encik Rudd, yang sedang melawat Amerika Syarikat berkata di Washington:
'Memang baik beliau memohon maaf. Saya cuma kesal beliau tidak membuat perisytiharan pada masa yang lalu.'
Pemimpin pembangkang daripada Parti Liberal, Encik Malcolm Turnbull, menuntut Encik Fitzgibbon dipecat dan berkata beliau mahu tahu siapa yang ditemui Encik Fitzgibbon dalam lawatannya ke China dan apa yang mereka bincangkan.
'China mempunyai kepentingan untuk mendapatkan sumber asli kita dengan murah,' kata Encik Turnbull kepada pemberita.
'Persoalannya ialah berapa banyak yang Encik Fitzgibbon tidak beritahu kita,' tegasnya. -- AP, Reuters, Bloomberg.

IMF LIHAT PEMULIHAN DALAM ENAM BULAN PERTAMA 2010
KETUA Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata setelah satu tempoh yang sukar dalam 2009, pemulihan daripada krisis ekonomi mungkin akan mula dilihat dalam enam bulan pertama 2010, bergantung kepada dasar-dasar yang dilaksanakan.
Dalam satu interviu, Pengarah Urusan IMF, Encik Dominique Strauss- Kahn, bagaimanapun menekankan bahawa pemulihan yang penuh tidak akan dapat dilihat sehingga sistem perbankan sejagat 'dibersih'.
Beliau berkata dalam hal ini, Amerika Syarikat dan Eropah masih belum berusaha secukupnya untuk 'membersihkan' sistem perbankan masing- masing.
Dan beliau memberi amaran bahawa selagi sistem perbankan tidak diperbetulkan, dana bantuan penyelamat yang disuntik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi akan menjadi sia-sia sahaja.
Menurutnya, para pembuat dasar harus membuka saluran-saluran perbankan bagi memastikan pinjaman dapat berjalan lancar.
Pemerintah juga, menurutnya, harus mempunyai dasar-dasar yang baik yang dapat membantu ke arah pemulihan awal tahun depan.
Ketua IMF itu berkata pelan-pelan pampasan eksekutif harus mengambil kira masa sukar dan bonus serta opsyen saham harus dinilai semula, dan dikawal menggunakan undang-undang, jika perlu.
Beliau menambah bahawa pelan- pelan seperti ini selalunya tidak dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang buruk.
Encik Strauss-Kahn juga berkata, tindakan segera harus diambil bagi menghuraikan masalah pengangguran yang berleluasa sekarang.
Beberapa negara, katanya, sedang menghadapi 'keruntuhan kewangan' dan prospek pembiayaan telah ditarik balik daripada ekonomi-ekonomi yang sedang membangun.

STRATEGI OBAMA ATASI AL-QAEDA DI AFGHAN DAN PAK
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, dijangka mengumumkan satu strategi baru untuk 'menyekat, membubar dan mengalahkan' Al-Qaeda di kubu persembunyian mereka di Afghanistan dan Pakistan.
Untuk tujuan itu beliau akan menghantar 4,000 lagi askar Amerika dengan misi untuk melatih dan membesarkan angkatan tentera Afghanistan bagi memain peranan utama dalam kempen memerangi pengganasan.
Encik Obama juga bercadang menghantar beratus lagi kakitangan awam dan pekerja untuk membantu Afghanistan membangun semula negara.
Kesemua pasukan ini adalah sebagai tambahan kepada 17,000 askar yang penghantarannya sudah pun diluluskan oleh Encik Obama.
Strategi baru itu, hasil kajian semula selama 60 hari bersama para sekutu Amerika, merupakan satu langkah paling berani pernah dilakukan Encik Obama sejak nengambil alih kuasa dua bulan dulu.
'Ia satu matlamat yang jelas dan boleh dicapai. Matlamatnya ialah menyekat, membubar dan mengalahkan Al-Qaeda di kubu persembunyian mereka di Afghanistan dan Pakistan,' kata seorang pegawai Amerika.
Strategi itu sejajar dengan hujah Encik Obama bahawa Amerika mengalami kegagalan selepas serangan 11 September 2002 kerana ia memberi tumpuan kepada Iraq dan mengabaikan operasi di Afghanistan.
'Tujuh setengah tahun selepas 11 September, kepimpinan Al-Qaeda termasuk Osama bin Laden dan orang lain telah berpindah dari Kandahar, di Afghanistan, ke satu lokasi yang tidak diketahui di Pakistan,' kata seorang pegawai.
'Dari lokasi di Pakistan, mereka merancang serangan baru terhadap Amerika, terhadap sekutu kami dan terhadap askar kami di Afghanistan, dan terhadap sahabat kami Pakistan,' tambah beliau.
Rancangan Encik Obama itu memerlukan biaya berbilion dolar. Para pegawai beliau kelmarin berkata mereka belum tahu berapa biaya yang diperlukan bagi strategi itu.
Namun, yang jelas, rancangan itu tidak menyebut jadual waktu bagi pengunduran tentera Amerika.
'Kami mahu bergerak secara agresif dan secepat mungkin untuk membangun tentera Afghan agar berupaya mempertahankan negara dan mengalahkan Taleban dan Al- Qaeda,' kata seorang pegawai.
Encik Obama menghubungi Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, dan Presiden Pakistan, Encik Asif Ali Zardari, kelmarin untuk memberi taklimat kepada mereka mengenai rancangan beliau.
Panglima Taleban, Mullah Hayat Khan, mencemuh rancangan itu.
'Menghantar lebih banyak askar tidak akan menjejas aktiviti Taleban,' tegas beliau.
Perkembangan itu berlaku menjelang satu persidangan mengenai Afghanistan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di The Hague Selasa ini, yang bakal dihadiri pemimpin 80 negara, termasuk Setiausaha Negara Amerika, Cik Hillary Clinton.
Encik Obama akan menghadiri satu mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Perancis dan Jerman minggu depan.
Amerika menjangka beberapa anggota Nato akan menyumbang lebih banyak askar bagi menghadapi peperangan di Afghanisan. -- AP, AFP.

BANJIR DI AS SEMAKIN BURUK, PENDUDUK SIAP BERPINDAH
FARGO (North Dakota, Amerika Syarikat): Para pegawai semalam bersiap untuk mengeluarkan perintah berpindah sewaktu banjir mula mencecah benteng yang dibina daripada guni pasir bagi melindungi penduduk daripada bah yang diramalkan mungkin paling buruk dalam sejarah di North Dakota.
Bandar Fargo mengambil langkah kecemasan bagi penduduk yang terdedah kepada banjir, selain membuka pusat perlindungan dan memindahkan pesakit dari rumah jagaan, kata para pegawai.
Bagi mengalirkan air yang bertakung di dataran prairie, pihak berkuasa meletupkan sekatan ais dan memindahkan penduduk yang terkandas dengan bot dan helikopter.
Bagaimanapun, cuaca dingin, hujan lebat dan ribut salji, menyebabkan banyak jalan raya tidak dapat dilalui dan menghambat usaha ribuan sukarelawan dan askar yang membina benteng daripada guni pasir.
Para pegawai di bandar yang mempunyai 90,000 penduduk itu kini sibuk membuat persiapan bagi pemindahan secara besar-besaran bagi sesetengah kejiranan di Fargo. Tetapi langkah itu agak sukar kerana banyak jalan raya terputus akibat air yang semakin naik.
'Ini sesuatu yang tidak diduga,' kata datuk bandar Fargo, Encik Dennis Walaker.
Gabenor North Dakota, Encik John Hoeven, memberitahu CNN bahawa ratusan askar Pengawal Kebangsaan dan sukarelawan 'sedang bertungkus lumus membuat perlindungan yang terbaik' bagi kawasan yang terdedah kepada banjir.
Presiden Barack Obama telah mengeluarkan perisytiharan bencana di 34 kejiranan dan dua kawasan simpanan Orang Asli Amerika.
Penduduk di kawasan rendah mula dipindahkan sewaktu sungai-sungai melimpahi tebing dan beberapa jalan raya dan jambatan ditutup kepada lalu lintas disebabkan banjir berpunca daripada salji cair.
'Negeri ini telah bertukar menjadi kolam ikan dan ia tak dapat menampung lebih banyak hujan atau salji,' kata Encik Patrick Slattery dari Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Ancaman paling besar ialah Sungai Red yang mengalir sepanjang sempadan Dakota-Minnesota dan menuju ke Canada. -- AP, AFP.

Dipecat kerana salah guna konvoi polis
TAIYUAN: Seorang pegawai kanan Biro Keselamatan Awam di Jinzhong, utara China, dipecat kerana menggunakan konvoi polis untuk mengarak jenazah ibunya.
Zhao Mingwen juga diberi amaran keras oleh Parti Komunis China.
Li Rongsheng, seorang pegawai polis trafik di bandar Yuanping diberi amaran kerana menawarkan perlindungan polis itu.
Zhao Zeying, seorang saudara Zhao Mingwen, dan 11 yang lain ditahan dan didenda kerana memukul wartawan yang merakam perarakan jenazah itu pada 2 Mac lalu. -- Agensi.
Parti pemerintah Turkey dijangka menang besar
ANKARA: Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang memerintah Turkey dijangka menang besar dalam pilihan raya hari ini.
Perdana Menteri Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, yakin AKP akan menang besar, selepas dua tinjauan pendapat menunjukkan parti itu meraih 39.8 dan 47.9 peratus sokongan responden dari seluruh negara.
'Saya yakin kita akan muncul sebagai pemenang dalam pilihn raya ini,' kata Encik Erdogan seperti ditukil agensi berita Anatolia semalam.
AKP jauh mengatasi Parti Republikan Rakyat dan Parti Tindakan Nasionalis. -- AFP.
Serangan Israel cegah senjata dikirim ke Gaza
WASHINGTON: Pesawat Israel menyerang satu konvoi trak di Sudan Januari lalu untuk menghalang pengiriman senjata kepada kumpulan militan Hamas di Gaza, lapor akhbar New York Times (NYT) semalam.
Laman berita NYT menukil seorang pegawai Amerika Syarikat sebagai berkata Israel melancar serangan yang menyebabkan 30 orang terkorban bagi mencegah senjata daripada dikirim ke Gaza.
Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Olmert, berkata Khamis lalu bahawa Israel bertindak untuk menyerang musuhnya di mana saja, tetapi tidak menyebut serangan yang berlaku di Sudan. -- Reuters.

IBARAT REFERENDUM KE ATAS KEPIMPINAN BARU
ESOK sebahagian rakyat Malaysia dari negeri-negeri bahagian barat laut, utara dan timur Malaysia akan menyaksikan hari penamaan calon bagi tiga pilihan raya kecil di negara itu.
Di Perak, seorang bekas menteri besar dari Pakatan Rakyat (PR) akan bertanding menentang seorang calon tempatan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk merebut kerusi Parlimen Bukit Gantang.
Ramai pengamat dan pemerhati politik Malaysia melihatnya sebagai satu referendum kepada kewibawaan kepimpinan bakal Perdana Menteri baru Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu depan.
Dua lagi pilihan raya kecil yang lain - di Bukit Selambau, Kedah, dan Batang Ai, Sarawak - pula sekadar dilihat memainkan 'peranan sokongan' kepada referendum tersebut.
Pemilihan pemimpin bagi ketiga-tiga kawasan undi akan ditentukan oleh para pengundi masing-masing pada 7 April nanti.
Hakikatnya, para pengamat melihat ketiga-tiga pilihan raya kecil itu mempunyai pengertian besar kepada hala tuju politik di Malaysia, dan bukan hanya kepada tiga kawasan undi berkenaan.
BUKIT GANTANG
Calon-calon utama yang terlibat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang termasuk calon PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan calon BN, Encik Ismail Saffian, yang juga bekas ketua penerangan Umno Bukit Gantang.
Tetapi, siapa tahu mungkin juga ada calon bebas lain yang mahu bertanding pada saat-saat terakhir.
Namun, tidak seperti kawasan undi lain dalam pilihan raya kecil kali ini, Bukit Gantang telah melihat penukaran kerajaan negeri - daripada kerajaan yang ditadbir oleh PR kepada kerajaan BN.
Ini yang membuat pilihan raya Bukit Gantang sangat penting dan menarik bagi kedua-dua khemah.
Bagi BN, ia membuktikan sokongan penduduk tempatan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang setelah ia diserang dan ditohmah dengan label 'perampas kerajaan PR'.
Daripada sudut PAS dan PR pula, ia akan membuktikan adanya sokongan rakyat Perak kepada kepimpinan mereka, yang masih lagi terkesan berbanding isu kedaulatan raja-raja Melayu yang perlu dipertahankan.
BN akan menggunakan strategi anak tempatan yang memahami kehidupan di kawasan berkenaan untuk menambat hati pengundi.
PAS pula akan cuba mengambil kesempatan daripada populariti Datuk Seri Mohd Nizar dan rasa simpati para pengundi kepada bekas menteri Perak yang 'dirampas' kuasanya itu.
'Dengan menamakan Datuk Seri Mohd Nizar sebagai calon mereka, para pembangkang (PR) mahu menjadikan pilihan raya kecil Bukit Gantang satu referendum terhadap pengambilalihan kerajaan negeri Perak yang menimbulkan kekecohan itu oleh BN pada bulan lalu,' kata seorang pengamat bebas, Encik Khoo Kay Peng, dalam blognya.
'Dalam pertandingan ini BN adalah underdog,' ujarnya.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang kerusinya, Haji Roslan Shahrom, dari PAS, pada 9 Februari lalu.
Keseluruhannya, Bukit Gantang mempunyai sejumlah 55,562 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 63.5 peratus pengundi Melayu, 27.1 peratus pengundi Cina, 9.1 peratus pengundi India, dan 0.2 peratus pengundi kaum lain.
Parlimen Bukit Gantang terdiri dari tiga DUN - Trong, Changkat Jering yang kini dibawah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang.
Penamaan calonnya akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, di bandar Taiping, Perak.
BUKIT SELAMBAU
Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pula diadakan menyusuli peletakan jawatan Adunnya, Encik V. Arumugam, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada 8 Februari lalu.
DUN Bukit Selambau mempunyai 34,977 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 50 peratus pengundi Melayu, 30 peratus pengundi India dan 20 peratus pengundi Cina.
Encik Arumugam, yang ketika itu seorang calon bebas, mengalahkan Encik S. Krishnan dari Kongres India Malaysia (MIC), yang mewakili BN, dengan kelebihan undi 13,225 berbanding 10,863 undian pada pilihan raya umum Malaysia pada Mac tahun lalu.
Kini, terdorong oleh kemenangan Encik Arumugam itu, difahamkan sekurang-kurangnya sedozen calon bebas telah menyuarakan hasrat mereka untuk menandingi DUN tersebut - sebahagian besarnya adalah calon-calon berbangsa India.
Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mencetak kertas undi bersaiz lebih besar daripada biasa bagi memuatkan lambang semua calon jika ia ditandingi 13 calon pada 7 April kelak.
Dua calon utama DUN Bukit Selambau ialah Encik Subramaniam Manikumar, dari PKR yang mewakili PR, dan Datuk S. Ganesan dari MIC untuk bendera BN.
Seramai 11 lagi adalah calon bebas, dengan 10 daripada mereka sudah pun membuat bayaran deposit RM8,000 ($3,329) seorang.
Dalam sejarah pilihan raya Malaysia sebelum ini, calon paling banyak bertanding bagi satu kawasan baik Parlimen mahupun DUN belum pernah melebihi lapan orang.
Keputusan apakah yang boleh dijangkakan di Bukit Selambau?
'Bukit Selambau akan menjadi satu kemenangan walkover bagi PKR.
'MIC tidak dijangka mampu meraih keputusan upset dalam pilihan raya kecil ini, sebahagian besarnya kerana Presidennya, Datuk Seri Samy Vellu, dikekalkan (dalam parti itu) tanpa bertanding,' kata Encik Khoo.
BN pula dilihat tidak bersefahaman dalam pemilihan calonnya dari MIC itu.
Ini akan menjadi ancaman serius kepada parti yang memerintah kerajaan pusat Malaysia itu, kata para pengamat.
Penamaan calon bagi DUN Bukit Selambau akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teknik I Sungai Petani.
BATANG AI
Pada 24 Februari lalu, kerusi DUN Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ak Ingkot, daripada BN. Mendiang juga Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak.
Dua calon utama bagi pilihan raya DUN ini ialah Encik Malcom Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), yang bertanding di bawah bendera BN; dan Encik Jawah Gerang dari PKR bagi pakatan pembangkang.
Seorang penerbit majalah budaya, pendidikan dan hiburan Iban, Johnny anak Chuat, turut menawarkan diri sebagai calon bebas pada 20 Mac lalu. Beliau berasal dari Batang Lemanak, Lubuk Antu, Sarawak.
Terdapat 8,006 pengundi berdaftar di DUN Batang Ai, tetapi menurut kumpulan bukan milik pemerintah (NGO), Rakyat Malaysia bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), sekitar 96 peratus daripada mereka tidak mempunyai alamat tetap.
Sukar diramalkan keputusannya bagi DUN Batang Ai ini, tetapi berdasarkan pengamatan beberapa pemerhati politik, ia banyak bergantung kepada selera generasi pengundi tua dan mudanya.
Golongan usia 50 tahun ke atas, yang membentuk lebih 40 peratus jumlah pengundi Batang Ai, mungkin lebih berasa terhutang budi kepada BN.
Manakala bakinya, atau golongan lebih muda, belum dapat menetapkan pilihan mereka tetapi lebih kritikal dalam kriteria pemilihan wakil mereka.
KESIMPULAN
Pilihan raya kecil 'dua bukit' dijangka lebih hebat tetapi ia juga boleh menjadi 'duri' kepada kewibawaan parti campuran yang memerintah Malaysia. Ini kerana BN dilihat sebagai underdog di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Di Batang Ai pula, keputusannya akan bergantung kepada persepsi pengundi terhadap rancangan BN bagi membangunkan kawasan DUN itu. Pendek kata, kedua-dua BN dan PR mempunyai peluang sama rata.
Sama-samalah kita nantikan 7 April ini. -- Darwis Said

SYOR GAJI DAN ELAUN MB PERAK DAN ANGGOTA EXCO DIBEKU SERTA-MERTA
IPOH: Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) negeri Perak mengesyorkan agar pembayaran gaji dan elaun kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam anggota exco kerajaan negeri itu dibekukan serta-merta.
Ini atas alasan pelantikan mereka masih lagi menjadi pertikaian.
Pengerusi jawatankuasa itu, Encik Wong Kah Woh, berkata tindakan itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan negeri yang baru.
Bagaimanapun, pakatan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mentadbir negeri itu sebelum ini, juga mendakwa mereka masih kerajaan yang sah.
'Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan,' katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.
Encik Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat kepada Menteri Besar berkenaan dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri adalah tidak sah, dan mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, mengambil tindakan agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik.
Beliau merujuk kepada pelantikan para penasihat - Datuk Chang Ko Youn (Ehwal Masyarakat Cina), Datuk S. Veerasingam (Ehwal Masyarakat India), Datuk Mohd Najmuddin Elias (Ehwal Islam) serta Datuk Hamdi Abu Bakar (Ketua Penerangan Negeri).
PAC, yang bermesyuarat empat kali pada 27 Februari, 5 Mac, 13 Mac dan 26 Mac lalu, telah memanggil sembilan saksi untuk menyelesaikan isu gaji, elaun dan kemudahan asas serta pelantikan tiga penasihat dan ketua penerangan Dr Zambry.
Antara mereka yang dipanggil PAC termasuk Dr Zambry sendiri, dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, mantan Menteri Besar Perak, kata Encik Wong. -- Bernama.

SEKILAS - MALAYSIAKINI
Nik Aziz selar lagi perokok
KOTA BHARU (Kelantan): Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam berkata umat Islam yang cuba menonjolkan ke-Islaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.
Datuk Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. -- Bernama.
Kes Speaker DUN Perak 28 Mei
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Encik V. Sivakumar, dan enam yang lain dalam usaha mereka mendapatkan kebenaran mengisytiharkan kekosongan DUN Beharang, Changkat Jering, dan Jelapang, bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil.
Pada 10 Mac lalu, Encik Sivakumar telah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini untuk mendapatkan perintah supaya tiga DUN itu diisytiharkan kosong agar satu pilihan raya kecil dapat diadakan. -- Utusan Malaysia.
Suspek larikan Porsche ditangkap
SHAH ALAM: Polis Selangor berjaya menahan dua suspek yang dipercayai terbabit melarikan kereta Porsche milik kerabat diraja Kelantan di Puspakom Glenmarie pada 2 Mac lalu.
Penangkapan itu bagaimanapun tidak membuahkan hasil yang diinginkan kerana kereta berkenaan belum lagi ditemui, kata polis semalam. -- BHM.

Didakwa salah guna kuasa,SPRM digesa siasat Osman Jailu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat Adun Changkat Jering, Osman Jailu yang didakwa melakukan dua kesalahan semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak sewaktu Pakatan Rakyat memerintah negeri ini dahulu.
Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam satu laporan kepada SPRM di sini semalam telah melapor salah guna kuasa oleh Mohd Osman Mohd Jailu jam 3.00 petang semalam.
"Hari ini saya melaporkan dua kesalahan Osman Jailu semasa memegang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak, pertama kesalahan Osman Jailu yang duduk dalam mesyuarat yang melantik Noraini Samat sebagai Pengurus Besar Tourism Perak Sdn. Bhd sedangkan Noraini adalah isteri kedua beliau.
"Keduanya tindakan Osman yang melangar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang menyatakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak tidak boleh terlibat dengan trade. Sedangkan menurut beliau dalam satu mesyuarat memutuskan dia sebagai penandatangan pertama,"jelasnya.
Sehubungan dengan dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman itu, beliau meminta SPRM menyiasat dengan segera.
"Dua kesalahan yang dilakukan oleh Osman Jailu melibatkan salahguna kuasa beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak, pihak SPRM wajar menyiasat seberapa segera kerana ianya merupakan satu kesalahan yang serius dilakukan oleh 'Adun lompat' itu,"katanya. - Harakah

Hishammuddin saran guru kumpulan A dibenarkan giat dalam politik
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno baru, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencadangkan guru kumpulan A diberikan kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam politik serta membenarkan mereka memegang jawatan dalam politik.
Beliau berkata, ia bagi membolehkan kepakaran mereka digembleng dan dimanfaatkan.
Hishammuddin berkata demikan dalam ucapan penggulungan pertamanya sebagai Naib Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2008, di sini, hari ini.

Tun Mahathir hadir perhimpunan Umno tanpa disangka-sangka
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed hadir pada Perhimupan agung umno tanpa disangka-sangka.
Tun Dr Mahathir semalam dengan tegas mengatakan beliau tidak akan menghadiri perhimpunan agong umno kerana tidak dapat menerima mentaliti perwakilan yang menyokong calon yang jelas perasuah seperti Khairy Jamaluddin.
Timbalan Presiden parti yang baru dilantik, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap beliau secara rasmi kembali menyertai Umno.
Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bersama Tun Dr Siti Hasmah di Perhimpunan Agung Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 12.27 pagi tadi.
Keadaan di Dewan Merdeka menjadi gamat apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berucap mengumumkan mengenai kehadiran Mahathir.
Sementara, Presiden Umno yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Mahathir sebagai tetamu yang istimewa.

Jet Tempur Tercanggih AS Jatuh
CALIFORNIA (BP) - Pesawat F-22, jet tempur paling canggih di dunia, jatuh di gurun California selatan sekitar pukul 10.30 waktu setempat (Kamis dini hari WIB). Pesawat milik AS itu menghunjam danau kering di Gurun Mojave, sekitar 56 km sebelah timur laut Pangkalan Angkatan Udara Edwards, California Selatan, saat uji coba.
Satu pilot yang mengendalikan pesawat satu kursi dengan mesin buatan Lockheed Martin Corp itu langsung tewas.
Pernyataan resmi Pentagon menyebutkan pilot itu bernama David Cooley, 49, veteran angkatan udara yang kemudian bergabung dengan Lockheed Martin pada 2003. Martin mendapat kontrak untuk menguji coba pesawat tersebut.
Regu penyelamat sempat melarikan Cooley ke Rumah Sakit Victor Valley. Tapi, nyawanya tak tertolong. ”Ini hari yang sangat sulit untuk Pangkalan Edwards, dan Dave akan dikenang sebagai pahlawan, pilot uji coba, dan teman,” ujar Mayor Jenderal David Eichorn, komandan pusat uji coba penerbangan angkatan udara.
Mayor Angkatan Udara David Small di Pentagon menambahkan, pesawat jet jatuh tersebut telah ditetapkan untuk menjadi bagian dari uji coba penerbangan ke-411 di pangkalan udara Edwards dan uji coba bagian sayap ke-412.
Amerika berkomitmen mengembangkan F-22 pada 1980 dengan kemampuan menyusup bak siluman. Jet ini disiapkan mampu memasuki wilayah udara rival utama AS saat itu, Uni Soviet, dan menghancurkan para pengebom Soviet jika mereka berusaha melancarkan serangan nuklir. Ketika Perang Dingin berakhir, pesawat F-22 menjadi satu-satunya pesawat tempur tercanggih di dunia. Namun, karena besarnya biaya perawatan dan masalah software, program pengadaan pesawat ini terancam. Bahkan, Kongres nyaris menghentikan proyek pengembangan pesawat ini.
Belakangan Kongres atas usul pemerintahan George W. Bush, proyek F-22 mulai aktif digunakan Angkatan Udara AS sejak akhir 2007. Namun, dampaknya, Angkatan Udara AS harus menghemat dengan membeli lebih sedikit pesawat tempur. Maklum saja, F-22A merupakan pesawat tempur paling mahal yang dimiliki Angkatan Udara AS. Harga per unit sekitar 150 juta dolar AS (sekitar Rp 1,7 triliun). Pihak Lockheed Martin menyatakan, ada 95.000 pekerja di 1.000 perusahaan yang terkait dengan penanganan F-22.
Jatuhnya F-22 kemarin merupakan insiden kedua. Kejadian pertama berlangsung pada Desember 2004. Saat itu F-22 juga dalam suatu uji terbang dan jatuh di tempat yang sama. Namun, pilot berhasil menyelamatkan diri setelah mengaktifkan pelontar kursi. (CNN/AP/kim/jpnn)

Peringatan Untuk Wanita
KUALA LUMPUR: Keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, petang Selasa lalu.
Mangsa, Cik Noraini Mohd Ghazali, 30 tahun, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu, meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul akibat penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumbernya.
Beliau meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor bertauliah di situ.
Cik Noraini ditemani kakak angkatnya, Cik Misha Abu Bakar, 46 tahun, ke pusat itu kira-kira 3 petang Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan susulan itu.
Beberapa bulan lalu, beliau pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul malam Selasa lalu dan mengajak kakak angkatnya ke pusat tersebut.
'Pada sebelah malam, Noraini ingin ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia beria-ia mahu ke sana, malah masih sempat singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian sebelum bergegas ke pusat itu,' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kelmarin.
Cik Misha berkata selepas beberapa jam menunggu, beliau tidak sedap hati dan meminta pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu.
'Doktor itu mendakwa Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir sebaik disuntik ubat tahan sakit menyebabkan dia meninggal dunia.
'Malah, doktor itu memberitahu dia sudah cuba menyelamatkan Noraini lebih 45 minit, namun tidak berjaya sebelum meminta saya menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersabar,' katanya, yang terus menghubungi suami mangsa, Encik Zaharuddin Zainuddin, 35 tahun, sebaik melihat jenazah mangsa.
Sementara itu, Encik Zaharuddin berkata sebaik dimaklumkan kejadian itu, beliau bergegas ke pusat itu tetapi tiba agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Menurutnya, isterinya pernah memberitahunya bahawa ada benang pernah tertinggal dalam tubuhnya selepas menjalani rawatan, dan beliau 'tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika punca kematian Noraini disebabkan kecuaian doktor'.
Mangsa meninggalkan tiga anak berusia antara tiga dengan 11 tahun. -- Harian Metro.

Tembakan Israel 'jenayah perang'
BAITULMAKDIS: Israel melepaskan tembakan menggunakan peluru belerang putih secara sewenang-wenang di kawasan yang padat penduduk semasa Perang Gaza, kata badan hak asasi Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya kelmarin.
HRW menyifatkan tindakan Israel itu satu jenayah perang dan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya melancarkan siasatan terhadap salah laku Israel dan Hamas semasa perang selama tiga minggu itu.
Namun, dakwaan itu dinafikan Israel. 'Dakwaan bahawa peluru asap digunakan sewenang-wenang dan membahayakan penduduk tidak berasas,' kata satu kenyataan tentera Israel. -- AP.
Larangan ke atas pendakwah Islam
NIAMEY: Niger melarang pendakwah beragama Islam daripada muncul di udara atau berceramah di khalayak ramai bagi mencegah 'pertelagahan' antara pengikut berlainan mazhab, demikian diumumkan Kementerian Ehwal Agama kelmarin.
'Ada pendakwa atau penceramah yang mencela sesama sendiri atau mengeluarkan pandangan yang boleh menggugat keharmonian antara pengikut mazhab yang berlainan,' kata Menteri Ehwal Agama, Encik Issaka Labo.
Persatuan Islam pada masa akan datang dikehendaki mendapatkan kebenaran untuk memberi ceramah di tempat awam, katanya. -- AFP.

Friday, March 27, 2009
'UMNO KINI DI PERSIMPANGAN JALAN'
PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memberi amaran bahawa Umno kini berada di persimpangan jalan dan mungkin terkubur jika gagal melaksanakan perubahan berani.
Dalam ucapan dasar terakhirnya sebagai Presiden Umno di Perhimpunan Agung parti itu semalam, Datuk Seri Abdullah berkata semakin ramai anggota Umno yang menyertai parti itu kerana mengharapkan projek, gelaran dan kepuasan duniawi.
'Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini,' tegasnya kepada 2,519 perwakilan yang bersidang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
Datuk Seri Abdullah menggesa agar anggota Umno hidupkan kembali semangat berkorban, dedikasi, kesederhanaan dan semangat berkhidmat.
'Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul - yang merasakan diri kita sahaja yang pandai, jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu,' katanya.
Dalam ucapannya yang bertajuk 'Masa depan dan survival parti', Datuk Seri Abdullah antara lain menyarankan agar Umno menetapkan syarat tempoh maksimum memegang jawatan dalam parti sebagai salah satu langkah untuk mengukuhkan Umno.
Umno turut digesa beliau agar tidak mengamalkan fahaman ekstremis kaum dan agama serta bersifat perkauman kepada warga Malaysia bukan Melayu.
Datuk Seri Abdullah, 66 tahun, yang tidak mempertahan jawatan Presiden Umno, menyerahkan teraju parti itu kepada Datuk Seri Najib semalam.
Beliau tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya.
Sebelum ini, Dr Mahathir lantang membidas Datuk Seri Abdullah yang didakwa gagal mentadbirkan negara dengan baik, termasuk tindakan beliau membatalkan projek jambatan bengkok bagi menggantikan Koswe.
Seakan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya, Datuk Seri Abdullah dengan penuh rendah diri semalam berkata:
'Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya mengakui bahawa saya tidak sepi dari melakukan kesilapan. Saya juga mungkin tidak dapat memenuhi semua perkara yang pernah saya janjikan. Walau apa pun kesilapan - walau apa pun kekurangan yang telah berlaku, adalah tekad saya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga dan negara ini.'
Beliau turut memohon maaf ke atas kelemahannya sebagai 'insan yang tidak sempurna' sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003.
Sesuai dengan latar belakangnya yang berasal daripada keluarga ulama, ucapan Datuk Seri Abdullah diselitkan dengan beberapa ayat suci Al-Quran.
Dengan kemelut politik yang melanda Malaysia sekarang, Datuk Seri Abdullah meninggalkan pesanan terakhir yang begitu bermakna dengan memetik surah Al-Fatir, ayat-10 yang bermaksud:
'Sebaliknya, orang yang merancang kejahatan (untuk mendapatkan kemuliaan), akan beroleh azab yang berat. Rancangan jahat mereka akan rosak binasa.'

Pilihan raya kecil: Polis larang ceramah di tempat awam
SUNGAI PETANI: Parti politik dilarang mengadakan ceramah atau perhimpunan di tempat awam sepanjang tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, bagi menjamin ketenteraman awam, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.
Beliau berkata, polis mula menerima beberapa permohonan untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah sepanjang tempoh berkempen itu.
"Kita tidak benarkan ceramah umum di tempat awam, tapi tiada halangan untuk lakukan (ceramah) di dewan atau tempat tertutup," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis gotong-royong sempena sambutan Hari Polis ke-202 di padang awam Taman Ria Jaya, di sini, hari ini.
Beliau berkata polis juga telah mengadakan perjumpaan dengan semua calon dan wakil calon untuk membincangkan tentang peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian pilihan raya kecil itu pada 7 April ini.
"Selain itu untuk menjamin kawalan keselamatan, kita menganggap semua kawasan dalam DUN ini berpotensi berlaku perkara tidak diingini. Sebab itu kita sediakan bit-bit di sekitar kawasan DUN," katanya.
Sebanyak 17 bit polis sementara dibina di kawasan utama di sekitar Bukit Selambau untuk memantau keadaan keselamatan semasa di DUN itu dan telah mula beroperasi lebih seminggu lepas. - Bernama

Muhyiddin ketuai 3 pilihan raya kecil serentak
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan bermula Ahad ini.
Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama tiga lagi Naib Presiden yang baru dilantik dalam pemilihan semalam.
Kata beliau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie Apdal bagi DUN Batang Ai.
Penamaan calon ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan Ahad ini.
Hari pengundian ditetapkan pada 7 April.
Secara tradisinya mana-mana pilihan raya akan di ketuai oleh Timbalan Presiden.
Selaku Timbalan Presiden ini kali pertama Muhyiddin mengetuai mana-mana pilihan raya kecil.
Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden berkenaan merupakan muka baru bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dipertandingkan semalam.
Ketika ditanya mengenai peluang memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kali ini, Muhyiddin berkata, beliau berkeyakinan boleh menang.
Bagaimanapun katanya, beliau bersikap pragmatik dan realistik bahawa ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diselubungi isu-isu nasional dan tempatan yang perlu ditangani bersama.

Najib diberitakan akan dilantik PM Jumaat selepas mesyuarat kabinet
KUALA LUMPUR: Sehari selepas berakhirnya pemilihan pusat Umno semalam yang menyaksikan penyertaan hampir 80 peratus muka baru, tumpuan kini beralih kepada soal tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri.
Perkara ini menjadi bahan perbualan ramai termasuk di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini - tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno 2008.
Desas-desus bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan tampuk kerajaan pusat kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak juga semakin jelas hari ini.
Semalam dalam ucapannya, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan memberikan sokongan padu kepada "Presiden Umno yang baru - (yang akan menjadi) Perdana Menteri yang baru."
Bagaimanapun dalam ucapan Dasar Presiden itu, Abdullah tidak menyebutkan dengan jelas tarikh khas peralihan kuasa antara beliau dengan Najib.
Jika tidak hari ini, Abdullah dijadual mengumumkan tarikh tersebut tengah hari esok.
Di sebalik perkembangan tersebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad tengah hari tadi memaklumkan wartawan di PWTC bahawa "Rabu depan Kabinet akan mengadakan mesyuarat, mesyuarat terakhir."
Ketika ditanya sama ada itu merupakan mesyuarat terakhir Kabinet di bawah kepimpinan Abdullah dan sudah muktamad, Shahrir berkata, "saya difahamkan begitu."
Beliau dilihat akan memaklumkan Perdana Menteri baru tentang hasratnya untuk melepaskan jawatan beliau itu.
Shahrir memberitahu, beliau tidak akan menerima tawaran jika beliau dilantik semula sebagai anggota dalam Kabinet baru, yang bakal dibentuk oleh Najib selaku Perdana Menteri.
Abdullah dijangka melepaskan jawatan Khamis depan manakala Najib dipercayai menggantikan beliau dengan mengangkat sumpah keesokan hari.
Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003 menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada sidang media berasingan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipilih Timbalan Presiden Umno yang baru, ketika ditanya sama ada Najib semalam ada menyatakan bahawa beliau bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri, beliau menjelaskan, "tidak... tidak ada apa-apa."
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengadakan pertemuan dengan Najib dan tiga Naib Presiden Umno yang baru.
Mengikut tradisi, Timbalan Presiden Umno biasa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Shahrir muktamad undur Kabinet
KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Abdul Samad mengesahkan beliau sudah muktamad agar tidak dilantik semula sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dan juga Kabinet yang baru.
Shahrir menjelaskan, susulan kekalahan semalam adalah tidak adil untuk kepimpinan parti melantik beliau semula menduduki MT dan jemaah menteri.
Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu berkata, keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menggambarkan sokongan terhadap kedudukan beliau sebagai anggota Kabinet.
Tegas Shahrir, beliau tetap akan menolak jikapun dilantilk semula oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan bakal Perdana Menteri.
"Saya akan menolak jika ada tawaran dilantik... bagi saya kita kena ada asas sokongan daripada ahli parti walaupun untuk pegang jawatan dalam kerajaan," kata beliau ditemui di PWTC tengah hari ini.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa belum memaklumkan hasratnya kepada Najib lagi.
Pun begitu beliau yakin Najib akan memahami kedudukan dan hasratnya itu.
Malah kata Shahrir, adalah tidak adil bagi pucuk kepimpinan melantik beliau semula menduduki MT sebagaimana dilakukan pada 2004.
Shahrir dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mac 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.
Beliau merupakan antara dua menteri, timbalan menteri dan empat menteri besar gagal dalam saingan mereka untuk menduduki MT kali ini.
Kata beliau, keputusan itu juga selari dengan konvensyen Umno iaitu meletakkan jawatan ekoran keputusan pemilihan.
Malah katanya, keputusan itu diambil selari dengan peralihan kuasa dijangka awal bulan depan.
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengambil alih jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Thursday, March 26, 2009
Bukan bubarkan Lembaga Disiplinlah bodoh! Bubarkan UMNO

Kepimpinan baru Umno diminta meminda perlembagaan parti untuk membubarkan Lembaga Disiplin yang didakwa mencetuskan suasana tidak kondusif di kalangan ahli parti.
“Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik anggota yang baru,” kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.
Bukan bubarkan Lembaga Disiplinlah bodoh!!! Bubarkan UMNO. Yang tak berdisplin tu UMNO, so bubarkan UMNO tu lah bodoh….
Kata beliau, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana berkelahi di kalangan ahli Umno.
Berkelahi….!!!! Bergaduh !!!! Begocoh..!!! Berperang..!!! Itu memang budaya UMNO. Apa nak dihairankan. UMNO dan MIC apa bezanya. Dia orang mana reti mesyuarat ikut aturan.
“Lembaga Disiplin buat keputusan ini didakwa… ini didakwa, ini tidak didakwa menyebabkan kita (orang Umno)berkelahi,” kata beliau ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari.
“Saya minta Presiden Umno baru pinda perlembagaan… bubarkan Lembaga Disiplin,” katanya.
Wahai RAKYAT MALAYSIA, baca seterusnya di sini
Abdullah mendapat signal jelas sokongan ahli Umno

Minggu lalu, seorang wartawan dari Merdeka Review bertanya kepada saya, siapa yang akan menang dalam pertandingan Pemuda Umno ini, saya tanpa berfikir panjang berkata,"Jika saya perwakilian Pemuda Umno, saya akan memberikan undi saya kepada Khairy."
Dan inilah yang berlaku, 304 perwakilan Pemuda Umno telah memberikan undi mereka kepada Khairy. Ia akan menjadi 305 undi untuk Khairy jika saya juga adalah anggota perwakilan mereka.
Pelbagai pandangan yang kita dengar dan baca sebaik sahaja Khairy diumumkan sebagai pemenang. Yang paling saya boleh terima adalah ahli Umno sebenarnya masih sayangkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bapa mertua Khairy itu. Abdullah hanyalah mangsa kepada konspirasi politik dalam dan luar Umno.
Kenapa saya katakan begini? Kerana, Khairy adalah lambang dan neraca sokongan atau penentangan ahli Umno terhadap Abdullah. Kemenangan Datuk Seri Shahrizat dengan majoriti yang begitu besar di Wanita Umno juga menunjukkan trend ini.
Beberapa hari sebelum perhimpunan, rakan-rakan saya dari media alternatif juga terpengaruh bahawa Tan Sri Rafidah Aziz akan menang dalam perebutan jawatan Ketua Wanita Umno.
Sebelum ini saya telah menulis, kebimbangan untuk Shahrizat menang adalah kalau-kalau dia dikaitkan dengan team Abdullah. Ini kerana, ketika musim pencalonan dahulu, semua yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat pencalonan paling banyak, termasuk anaknya Mukhriz yang mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan ketua pemuda.
Namun, sejak kebelakangan ini, terbukti sokongan kepada Abdullah meningkat. Mungkin sokongan ini bercampur dengan simpati kepada beliau.
Kenapa simpati? Saya rasa inilah yang tidak difahami oleh Dr Mahathir dalam membaca pemikiran rakyat biasa khasnya orang Melayu.
Ingat tak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim? Ketika Anwar di dalam Umno, Pas dan para pemimpinnyalah yang paling banyak menghentam Anwar. Cuba sebut apa yang tidak dikatakan mereka kepada Anwar.
Bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor pernah berkata, "menteri yang jaga kerbau lembu” kepada Anwar. Tetapi apabila Anwar dianiaya, beliaulah antara pemimpin pertama yang datang bertemu Anwar.
Keputusan pilihan raya 1999 adalah manifetasi dari rakyat yang simpatikan Anwar dan marahkan Dr Mahathir.
Menjelang pemilihan Pemuda dan Wanita Umno, pelbagai jenis tekanan diberikan kepada mereka yang dikira penyokong Abdullah. Norza, Azalina, Ali Rustam bahkan Khairy sendiri semuanya dianggap sebagai penyokong atau mereka yang dekat dengan Abdullah.
Persepsi di kalangan orang ramai adalah Lembaga Disiplin diperalatkan untuk mengenepikan orang-orang Abdullah. Dalam masa yang sama, hampir setiap hari Mahathir akan menghentam Abdullah kiri dan kanan.
Namun, Pemuda Umno membuat keputusan, Khairy pilihan mereka, kedua adalah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang dikatakan terbukti tidak rasuah itu dan yang mendapat undi tercorot adalah Mukhriz, yang tidak pun didakwa dan disiasat atas apa-apa kesalahan rasuah itu.
Kini perwakilan Pemuda Umno bolehlah memberitahu Dr Mahathir, kamu diam. Sebagaimana saya, kamu juga bukannya ahli Umno. Ha ha ha.
Sekarang, Abdullah mempunyai sedikit sahaja waktu. Dalam ucapan dasarnya, Abdullah tidak sebut pun soal bila dia akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Yang berlaku hanya perhimpunan agung Umno mengesahkan Najib adalah Presiden Umno yang baru menggantikan Abdullah.
Terbukti, melalui keputusan Pemuda dan Wanita, Abdullah mendapat sokongan dari perwakilan Umno. Namun yang mengawal Umno sekarang adalah orang luar Umno. Persoalannya, apakah Abdullah akan terus berlalu begitu sahaja atau dia akan berbuat sesuatu di saat-saat akhir ini selepas mendapat signal yang jelas dari para perwakilan.
Kebebasan berkata-kata TIDAK wujud di Malaysia
Titipan ini adalah edisi terjemahan oleh Kerajaan Rakyat daripada rencana asal yang ditulis oleh YM Raja Petra atas tajuk “Freedom of speech does NOT exist in Malaysia”
Terlebih dahulu, lihat kedua-dua video ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen pada 1993:
Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=asNTbvlK7Eo
Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=SRMDrtn6898
Okay, sekarang baca apa yang ditulis oleh Tengku Razaleigh didalam Blog ini (http://razaleigh.com/) seminggu selepas Krisis Perlembagaan Perak baru-baru ini.
Tengku Razaleigh Hamzah dalam Krisis Perlembagaan 1993
Ini bukanlah krisis perlembagaan pertama yang menyentuh tentang hak Pemerintah. Hari ini krisis di Perak adalah mengenai hak kekuasaan keatas proses dimana kerajaan negara yang baru telah dibina di Perak. Ianya bukan mengenai status Pemerintah.
Dalam perbandingan, Krisis Perlembagaan 1993 timbul akibat daripada konfrontasi yang hodoh di antara Umno dan juga Pemerintah diatas soalan yang mempunyai implikasi secara terus keatas kedaulatan mereka dan juga keatas Yang diPertuan Agong. Atas alasan yang baik, Ketua Negeri dikebanyakan negara tidak boleh dibicarakan di mahkamah undang-undang biasa. Pada tahun 1993, kerajaan berkempen bagi membuang imuniti tersebut melalui pemindaan Perlembagaan.
Saya menentang pemindaan tersebut.
Didalam peristiwa tersebut, Pemerintah dan Parlimen telah dipaksa oleh kerajaan pada waktu itu dan pemindaan seperti yang sepatutnya diluluskan. Ini merupakan pemindaan yang sama, dimana, hari ini, menjadikan ianya sah bagi mendakwa seorang Pemerintah. Mr Karpal Singh, walaupun saya tidak bersetuju dengan beliau, namun tindakannya masih didalam haknya apabila beliau mencadangkan untuk menyaman DYMM Sultan Perak kerana kerajaan yang dipimpin oleh UMNO menggubal undang-undang pada tahun 1993.
Mari kita renungkan ironi ini. Adakah Umno melayan Pemerintah dengan benar dengan cara mendukung dan melindungi Perlembagaan, yang menjamin status mereka, atau sekadar memaparkan drama bagi pilihan raya Umno yang akan datang?
Ini membawa kita kepada persoalan tentang jenis pemimpin, dan jenis parti, yang kita mahu. Adakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang memahami dan membincangkan isu asas yang dihadapi oleh masyarakat masa kini, dan haruskah kita mendapat pemimpin yang berupaya maju kehadapan “saling bersetuju dengan cara berdebat dan berbincang, pertanyaan dan pilihan raya”, atau haruskah kita sekali lagi jatuh pada mereka dimana bakat utama mereka adalah dengan cara berlagak seolah-olah orang luar hanyalah sekumpulan yang kecil, dan berasa tidak selamat didalam Umno, dan terutamanya generasi internet di Malaysia, mendapati ianya tidak masuk akal?
Kerosakan manakah yang lebih teruk yang telah dilakukan keatas kedaulatan seorang Pemerintah, pada 1993 melalui Parlimen atau seminggu yang lalu pada jalanan di Perak?
Dan hari ini Umno, dengan pegangan yang tidak konsisten pada peraturan undang-undang, dengan penghormatan yang tidak tetap bagi kunci institusi negara kita, merupakan pembela yang hebat atau efektif bagi Pemerintah dan undang-undang yang mendukung institusi ini?
Atau adakah kita sebenarnya membahayakan apa yang kita anggap untuk melindungi?
Diatas adalah video rakaman dalam dua bahagian bagi ucapan yang saya lakukan di Parlimen pada 1993 menentang pemindaan pada Perlembagaan.
Saya mempertahankan hujah saya.
***************************************
Artikel 10 bagi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia
(1)Tertakluk pada Klausa (2), (3) dan (4) -
(a) setiap warganegara mempunyai hak dalam kebebasan untuk berkata-kata dan ucapan;
(b) semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara mempunyai hak untuk menubuhkan persatuan.
(2) Parlimen boleh menurut undang-undang menentukan -
(a) hak keatas perbincangan pada perenggan (a) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, hubungan baik dengan negara lain, perintah umum atau tata kesusilaan dan sekatan bertujuan melindungi hak keistimewaan Parlimen atau mana-mana Perhimpunan Badan Perundangan atau bagi menghalang kebencian pada mahkamah, fitnah atau hasutan terhadap mana-mana kesalahan;
(b) hak keatas perbincangan pada perenggan (b) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum;
(c) hak keatas perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum atau tata kesusilaan.
(3) Sekatan keatas hak bagi menubuhkan persatuan melalui perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1) boleh ditentukan oleh mana-mana undang-undang berkaitan dengan tenaga kerja atau pelajaran.
(4) Dalam menentukan sekatan demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya atau perintah umum dibawah Klausa (2) (a), Parlimen boleh melalui undang-undang mencegah persoalan bagi sebarang perkara, hak, taraf, kedudukan, penghormatan, kedaulatan atau hak keistimewaaan yang telah terbentuk atau dilindungi oleh peruntukan daripada Bahagian III, artikel 152, 153 atau 181 sebaliknya jika didalam perhubungan bagi melaksanakan sepertimana yang disebutkan didalam undang-undang.
Baca Seterusnya di sini

YB Fairus ditahan
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin telah ditahan di kompleks Imigresen dan Quarantin (CIQ) oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoalsiasat berhubung aktiviti kuari haram di Pulau Pinang.
Subscribe to:
Posts (Atom)