Pages

Thursday, March 26, 2009

Kebebasan berkata-kata TIDAK wujud di Malaysia

Titipan ini adalah edisi terjemahan oleh Kerajaan Rakyat daripada rencana asal yang ditulis oleh YM Raja Petra atas tajuk “Freedom of speech does NOT exist in Malaysia”

Terlebih dahulu, lihat kedua-dua video ucapan Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen pada 1993:

Bahagian 1: http://www.youtube.com/watch?v=asNTbvlK7Eo

Bahagian 2: http://www.youtube.com/watch?v=SRMDrtn6898

Okay, sekarang baca apa yang ditulis oleh Tengku Razaleigh didalam Blog ini (http://razaleigh.com/) seminggu selepas Krisis Perlembagaan Perak baru-baru ini.

Tengku Razaleigh Hamzah dalam Krisis Perlembagaan 1993

Ini bukanlah krisis perlembagaan pertama yang menyentuh tentang hak Pemerintah. Hari ini krisis di Perak adalah mengenai hak kekuasaan keatas proses dimana kerajaan negara yang baru telah dibina di Perak. Ianya bukan mengenai status Pemerintah.

Dalam perbandingan, Krisis Perlembagaan 1993 timbul akibat daripada konfrontasi yang hodoh di antara Umno dan juga Pemerintah diatas soalan yang mempunyai implikasi secara terus keatas kedaulatan mereka dan juga keatas Yang diPertuan Agong. Atas alasan yang baik, Ketua Negeri dikebanyakan negara tidak boleh dibicarakan di mahkamah undang-undang biasa. Pada tahun 1993, kerajaan berkempen bagi membuang imuniti tersebut melalui pemindaan Perlembagaan.

Saya menentang pemindaan tersebut.

Didalam peristiwa tersebut, Pemerintah dan Parlimen telah dipaksa oleh kerajaan pada waktu itu dan pemindaan seperti yang sepatutnya diluluskan. Ini merupakan pemindaan yang sama, dimana, hari ini, menjadikan ianya sah bagi mendakwa seorang Pemerintah. Mr Karpal Singh, walaupun saya tidak bersetuju dengan beliau, namun tindakannya masih didalam haknya apabila beliau mencadangkan untuk menyaman DYMM Sultan Perak kerana kerajaan yang dipimpin oleh UMNO menggubal undang-undang pada tahun 1993.

Mari kita renungkan ironi ini. Adakah Umno melayan Pemerintah dengan benar dengan cara mendukung dan melindungi Perlembagaan, yang menjamin status mereka, atau sekadar memaparkan drama bagi pilihan raya Umno yang akan datang?

Ini membawa kita kepada persoalan tentang jenis pemimpin, dan jenis parti, yang kita mahu. Adakah kita mahu dipimpin oleh mereka yang memahami dan membincangkan isu asas yang dihadapi oleh masyarakat masa kini, dan haruskah kita mendapat pemimpin yang berupaya maju kehadapan “saling bersetuju dengan cara berdebat dan berbincang, pertanyaan dan pilihan raya”, atau haruskah kita sekali lagi jatuh pada mereka dimana bakat utama mereka adalah dengan cara berlagak seolah-olah orang luar hanyalah sekumpulan yang kecil, dan berasa tidak selamat didalam Umno, dan terutamanya generasi internet di Malaysia, mendapati ianya tidak masuk akal?

Kerosakan manakah yang lebih teruk yang telah dilakukan keatas kedaulatan seorang Pemerintah, pada 1993 melalui Parlimen atau seminggu yang lalu pada jalanan di Perak?

Dan hari ini Umno, dengan pegangan yang tidak konsisten pada peraturan undang-undang, dengan penghormatan yang tidak tetap bagi kunci institusi negara kita, merupakan pembela yang hebat atau efektif bagi Pemerintah dan undang-undang yang mendukung institusi ini?

Atau adakah kita sebenarnya membahayakan apa yang kita anggap untuk melindungi?

Diatas adalah video rakaman dalam dua bahagian bagi ucapan yang saya lakukan di Parlimen pada 1993 menentang pemindaan pada Perlembagaan.

Saya mempertahankan hujah saya.

***************************************

Artikel 10 bagi Perlembagaan Persekutuan di Malaysia

(1)Tertakluk pada Klausa (2), (3) dan (4) -
(a) setiap warganegara mempunyai hak dalam kebebasan untuk berkata-kata dan ucapan;
(b) semua warganegara mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara mempunyai hak untuk menubuhkan persatuan.

(2) Parlimen boleh menurut undang-undang menentukan -
(a) hak keatas perbincangan pada perenggan (a) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, hubungan baik dengan negara lain, perintah umum atau tata kesusilaan dan sekatan bertujuan melindungi hak keistimewaan Parlimen atau mana-mana Perhimpunan Badan Perundangan atau bagi menghalang kebencian pada mahkamah, fitnah atau hasutan terhadap mana-mana kesalahan;
(b) hak keatas perbincangan pada perenggan (b) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum;
(c) hak keatas perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1), sekatan sekiranya dianggap perlu atau wajar demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya, atau perintah umum atau tata kesusilaan.

(3) Sekatan keatas hak bagi menubuhkan persatuan melalui perbincangan pada perenggan (c) Klausa (1) boleh ditentukan oleh mana-mana undang-undang berkaitan dengan tenaga kerja atau pelajaran.

(4) Dalam menentukan sekatan demi keselamatan Negara atau mana-mana bahagian daripadanya atau perintah umum dibawah Klausa (2) (a), Parlimen boleh melalui undang-undang mencegah persoalan bagi sebarang perkara, hak, taraf, kedudukan, penghormatan, kedaulatan atau hak keistimewaaan yang telah terbentuk atau dilindungi oleh peruntukan daripada Bahagian III, artikel 152, 153 atau 181 sebaliknya jika didalam perhubungan bagi melaksanakan sepertimana yang disebutkan didalam undang-undang.

Baca Seterusnya di sini

No comments:

Posting Terkini