KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua pihak tidak mempersoalkan kemenangan penggantinya, Datuk Kamilia Ibrahim yang menang tanpa bertanding jawatan itu
Shahrizat yang juga Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada Perdana Menteri, berkata kemenangan Kamilia adalah ketentuan Allah dan rezeki kepada pemimpin wanita berkenaan.
”Saya percaya Kamilia mampu jalankan tugas beliau sebagai Naib Wanita Umno dengan penuh amanah dan akan mendapat kepercayaan dari akar umbi kerana beliau bukan calang-calang pemimpin," katanya pada sidang akhbar ringkas sebelum mesyuarat Exco Wanita Umno di sini, hari ini.
Shahrizat bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat itu yang dipengerusikan Ketuanya, Tan Sri Rafidah Aziz kerana bergegas untuk menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment