Pages

Wednesday, January 21, 2009

Tanah Runtuh: Ratusan Kenderaan Terkandas

MIRI, 21 Jan (Bernama) -- Ratusan kenderaan terkandas berhampiran pekan Tatau, kira-kira 50 kilometer dari bandar Bintulu selepas runtuhan tanah merintangi jalan raya utama yang menghubungkan pekan itu ke Bahagian Miri, Mukah dan Sibu.

Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Wan Zaizudin Wan Jaafar memberitahu Bernama hari ini kejadian tanah runtuh itu berlaku pada pukul 5.10 pagi ini di Km 45, Jalan Bintulu-Tatau.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu tetapi ia menyebabkan jalan utama berkenaan tidak boleh dilalui, katanya.

Beliau berkata kerja-kerja sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membersihkan jalan yang dipenuhi runtuhan tanah yang berterusan turun dari pinggir bukit bersebelahan.

Wan Zaizudin berkata JKR kini menumpukan kerja pembersihan bagi satu lorong jalan, yang dijangka selesai pada pukul 6 petang ini dan demi keselamatan, hanya kenderaan ringan dibenarkan melalui jalan itu.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini