Pages

Wednesday, January 21, 2009

SEKILAS - DUNIA dan MALAYSIAKINI

Tolak bicara antipengganasan

JAKARTA: Peguam kepada tiga anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa melancarkan serangan ke atas kaum Kristian dan meletupkan sebuah kafe di Indonesia berkata mereka tidak harus dibicarakan di bawah undang-undang antipengganasan.

Sebaliknya, mereka harus dibicarakan di bawah undang-undang jenayah, kata Encik Asludin Hatyadi di mahkamah daerah Jakarta Selatan semalam.

Encik Hatyadi turut mewakili warga Singapura, Mohammad Hasan Saynudin, yang merupakan antara 10 anggota JI yang ditahan di Palembang pada pertengahan tahun lalu. -- AFP.

Tentera Thai nafi dera pelarian

BANGKOK: Ketua tentera Thailand semalam berkata askarnya mematuhi prinsip kemanusiaan apabila mengendalikan pelarian yang menaiki bot dari Myanmar.

Tentera Thai sebelum ini dituduh menahan dan memukul lebih 1,000 kaum minoriti Islam yang dikenali sebagai Rohingya lewat tahun lepas.

Para pelarian itu dibawa ke tengah laut dan dibiarkan hanyut dengan sedikit bekalan makanan dan air. -- AFP.

Satu lagi korban flu burung China

BEIJING: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia ekoran flu burung H5N1 di China semalam.

Ini menjadikannya mangsa ketiga dalam tempoh kurang sebulan.

Remaja itu berasal dari bandar Huaihua di wilayah Hunan. -- AFP.

Dakwa Dr M punca masalah

KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) kelmarin mendakwa mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah punca krisis yang sedang dihadapi Umno.

Pengerusi Hindraf, Encik P. Waytha Moorthy, berkata Dr Mahathir telah membuang banyak masa mengkritik penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN), yang dikuasai Umno, dalam pilihan raya umum pada tahun lalu, serta menjadi 'arkitek' amalan 'rasuah, nepotisme dan kronisme' dalam Umno. -- Agensi.

Norman, Memey nafi khalwat

KUALA LUMPUR: Aktor popular Malaysia, Norman Hakim, dan seorang pelakon wanita muda, Memey Suhaiza, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini atas tuduhan khalwat pada Oktober tahun lalu.

Norman, 33 tahun, dan Memey, 21 tahun, didakwa berkhalwat pada 3 pagi 30 Oktober lalu di alamat 4-1A Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, Gombak, Selangor,

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad, menetapkan 3 Mac ini untuk perbicaraan dan membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 ($1,253) setiap seorang. -- Utusan Malaysia.

Waran tangkap atas pelakon

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Ako Mustapha, kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes tuduhan khalwat yang dihadapinya.

Ako, 37 tahun, yang baru berkahwin Sabtu lalu, didakwa berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, pada 27 Jun 2007. -- Utusan Malaysia.

Tiga ahli Umno bakal didakwa

KUALA LUMPUR: Tiga ahli Umno yang dipercayai memberi rasuah ketika pemilihan Umno bahagian tahun lalu bakal didakwa di mahkamah esok.

Menurut Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPM), Datuk Shukry Abdul, tiga ahli Umno terbabit ialah seorang naib ketua bahagian di Perak dan dua ejen parti itu dari Pahang dan Melaka. -- Utusan Malaysia.

No comments:

Posting Terkini