Pages

Saturday, January 10, 2009

SEKILAS - MALAYSIAKINI

Surat nikah baru elak pemalsuan

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengeluarkan surat perakuan nikah versi baru yang ada ciri-ciri keselamatan lebih baik bagi mengurangkan pemalsuan.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali, berkata surat nikah baru itu dikeluarkan awal tahun ini bagi mereka yang berkahwin di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan ada beberapa ciri keselamatan pada logo, kualiti kertas, tulisan, cip serta nombor sirinya yang sukar ditiru. -- Bernama.

Kes bunuh: Lelaki dihukum gantung

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai perkapalan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dan membakar mayat mangsa di sebuah hotel sekitar tujuh tahun lalu. Rosman Sulaiman, 42 tahun, yang beristeri dua, dituduh membunuh Cik Sheeren Liao, 36 tahun, di bilik Hotel Panmour Villa, di sini. -- BHM.

Nasihat usah takut kehadiran polis

KUALA TERENGGANU: Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan, meminta supaya kehadiran polis sepanjang proses pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak dipolitikkan dengan mendakwa ia menakutkan pengundi di kawasan itu.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tujuan kehadiran polis adalah untuk menjaga keselamatan. Lagipun, jumlah polis yang terlibat dalam pilihan raya kerusi Parlimen itu lebih rendah berbanding pilihan raya kecil di Ijok dan Permatang Pauh baru-baru ini. -- Bernama.

Kerajaan Perak terima kereta baru

IPOH: Kerajaan negeri Perak telah menerima sembilan kereta Toyota Camry pertamanya daripada sejumlah 16 yang ditempah untuk menggantikan kereta Proton Perdana V6 yang lama. Kereta-kereta dengan kapsiti enjin 2.4 liter itu mula dihantar kelmarin. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam berkata bakinya akan diterima secara bertahap dalam masa tiga atau empat bulan ini. -- The Star.

No comments:

Posting Terkini