Pages

Saturday, January 10, 2009

SEKILAS - DUNIA. - Guru sebabkan murid buta

Mahal untuk ke sidang Asean

PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, mungkin tidak dapat menghadiri sidang puncak Asean di Thailand bulan depan.

Jurucakap pemerintah Kemboja, Encik Khieu Kanharith, berkata adalah mahal dan sukar bagi Encik Hun Sen menghadiri sidang itu, yang sekarang bakal diadakan di bandar Hua Hin.

Sebaliknya, Encik Hun Sen menyarankan agar sidang puncak itu diadakan di Jakarta. -- AFP.

Guru sebabkan murid buta

RAIPUR (India): Seorang guru yang menyebabkan seorang budak perempuan buta apabila dia menusuk jarum ke dalam matanya akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh.

Polis Chhattisgarh berkata guru berkenaan menusuk jarum ke dalam mata kanan budak perempuan berusia enam tahun itu selepas dia tidak dapat menjawab satu soalan dalam kelas.

Guru terbabit melarikan diri sejak kejadian itu berlaku November lalu.

Polis menerima aduan mengenai kejadian itu hanya Rabu lalu. -- Reuters.

Minyak kurang angkara mogok

NEW DELHI: Mogok yang dilancarkan sekitar 55,000 pekerja kolar putih di syarikat minyak milik pemerintah sejak Rabu lalu telah mencetuskan kekurangan bekalan minyak di serata India.

Menurut laporan media, hampir 60 peratus daripada kedai minyak di India sekarang kering, sementara lebih 150 penerbangan tertangguh.

Para pekerja itu menuntut gaji lebih tinggi. -- AP.

39 korban kebakaran

KARACHI: Satu kebakaran di kawasan setinggan di bandar Karachi awal semalam menyebabkan 39 orang terbunuh, termasuk 20 kanak-kanak.

Kebakaran itu berlaku sekitar 1 pagi (waktu tempatan) semasa para penduduk sedang tidur.

Ia merebak dengan cepat ke 40 pondok. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini