Pages

Thursday, January 22, 2009

SEKILAS - DUNIA dan MALAYSIAKINI

Kes akhbar diserah pada Peguam Negara

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri Malaysia menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi membolehkan pendakwaan dilakukan ke atas akhbar mingguan Herald Catholic yang masih menggunakan perkataan Allah.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata Peguam Negara akan menentukan sama ada cukup bukti sebelum pendakwaan bolah dilakukan. -- BHM.

Iraq sudah bersedia jika askar AS undur

BAGHDAD: Iraq bersedia jika askar Amerika Syarikat berundur dari negara itu sebelum akhir 2011, kata jurucakap Perdana Menteri Iraq, Encik Ali Al-Dabbagh, semalam.

Tarikh pengunduran itu sebelum ini ditetapkan oleh mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush. -- AP.

Umno berjaya pohon ketepi saman RM218j

KUALA LUMPUR: Umno berjaya dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang diperoleh sebuah syarikat yang membekalkannya barangan pilihan raya bernilai lebih RM218 juta ($90.6 juta) pada 2004.

Pada 17 Julai lalu, pihak Umno yang tidak hadir di mahkamah diarahkan membayar kos itu kepada Elegant Advisory Sdn Bhd.

Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata beliau akan memfailkan permohonan baru untuk membatalkan writ saman dan tuntutan syarikat itu. -- Bernama.

Budak dikahwinkan dengan katak

CHENNAI (India): Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah 'dikahwinkan' dengan seekor katak di sebuah kampung pedalaman di selatan India, Jumaat lalu.

Upacara perkahwinan itu dijalankan bagi membawa tuah.

Katak itu dilepaskan selepas upacara itu selesai. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini