KUALA LUMPUR 22 Jan. — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta syarikat kereta nasional Proton mengeluarkan kenderaan khusus untuk dijadikan teksi ala Malaysia yang menjadi kebanggaan negara.
Beliau berkata, kenderaan itu harus mempunyai keluasan yang bersesuaian dengan pasaran, selain memiliki ciri-ciri keselamatan serta menggunakan teknologi canggih khususnya untuk pembayaran.
“Saya ingin mencadangkan supaya Proton mereka bentuk teksi yang luas dan selesa untuk disesuaikan dengan pelbagai saiz penumpang, selain memiliki penghadang antara pemandu dan penumpang serta boleh menggunakan pembayaran secara elektronik (e-pembayaran),” katanya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment