Pages

Thursday, January 22, 2009

Peranan orang tengah akan dikurangkan, kata Shahrir

BETONG (SARAWAK) 22 Jan. — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengenal pasti mekanisme bagi mengurangkan peranan orang tengah yang mengawal harga barangan keperluan bersubsidi di kawasan luar bandar.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga barangan meningkat di kawasan pedalaman berikutan tindakan orang tengah mengenakan kos pengangkutan dan caj perkhidmatan.

“Kerajaan bertekad menghentikan peranan orang tengah bagi memastikan barangan keperluan dan bekalan makanan diagihkan ke semua tempat dengan cukup dan pada harga yang disyorkan,” katanya. - Bernama


No comments:

Posting Terkini