Pages

Thursday, January 22, 2009

Permit teksi dirampas jika guna pemandu rakyat asing

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Kerajaan akan merampas permit teksi daripada syarikat-syarikat teksi yang didapati menggaji rakyat asing untuk memandu kenderaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar mengingatkan syarikat berkenaan supaya tidak mengambil mudah amaran tersebut kerana pada masa ini lebih 1,000 pemandu teksi telah menyatakan kesediaan untuk menjadi mata dan telinga kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan syarikat yang tidak mampu menggaji pemandu tempatan supaya menyerahkan semula permit itu kepada kerajaan bagi diberikan kepada syarikat lain yang lebih berkemampuan. - Utusan


No comments:

Posting Terkini