Pages

Wednesday, January 28, 2009

DUNIA dan MALAYSIAKINI

'Malapetaka' jika Israel enggan pulihkan damai

NEW YORK: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Jimmy Carter, berkata Israel akan mengalami 'malapetaka' jika ia tidak memulihkan proses damai Timur Tengah dan membenarkan penubuhan sebuah negara Palestin.

Dalam wawancara dengan Associated Press Isnin lalu beliau meramalkan orang Arab akan mengatasi jumlah orang Yahudi di Israel pada masa akan datang.

Huraian 'satu negara' merupakan malapetaka bagi Israel kerana mereka hanya ada tiga pilihan - ia itu mengusir rakyat Palestin, menafikan mereka hak mengundi atau memberi mereka hak mengundi dan melihat mereka menguasai majoriti di negara itu, jelas beliau. -- AP.

60 fail askar AS dalam alat pemain MP3

WELLINGTON: Seorang lelaki di New Zealand yang membeli sebuah alat pemain MP3 dari sebuah kedai jualan murah di Oklahoma mendapati ia mengandungi 60 fail askar Amerika Syarikat, termasuk nama, dan nombor telefon askar Amerika.

Menurut TV One News 60 fail berkenaan mengandungi butir peribadi askar Amerika yang berkhidmat di Afghanistan dan Iraq.

Namun, seorang pakar keselamatan New Zealand berkata hal itu mungkin tidak menjejas keselamatan kebangsaan Amerika. -- AP.

Kebakaran kelab Thai: Penyanyi didakwa


BANGKOK: Polis Thailand semalam mendakwa penyanyi kugiran Burn dengan pertuduhan cuai kerana menyalakan bunga api yang menyebabkan kebakaran di kelab malam Santika Club di Bangkok yang membunuh 65 orang awal tahun ini.

'Para saksi dan bukti menunjukkan bunga api sebagai punca kebakaran di Santika Club kerana bunga api mengenai bumbung kelab dan kebarakaran berlaku 30 saat selepas bunga api dinyalakan,' kata timbalan ketua polis Thai, Jeneral Jongrak Jutanont.

Menurutnya, polis telah menahan Saravuth Ariya, 28 tahun, penyanyi utama kugrian Burn. -- AFP.

TETAP UTAMAKAN PELAJARAN

RAFAH (Selatan Jaluran Gaza): Para pelajar Palestin ini kelmarin khusyuk menghadiri kelas terbuka di madrasah Masjid Sharia yang musnah akibat serangan peluru berpandu Israel baru-baru ini. Murid-murid itu masih mengikuti pelajaran di pekarangan madrasah tersebut sementara para pegawai pendidikan cuba mendapatkan tempat lain bagi membolehkan mereka terus belajar.

HASIL BEDAH SIASAT

KUALA LUMPUR: Keputusan bedah siasat kali kedua ke atas mayat suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah, A. Kugan, 22 tahun, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kelmarin dijangka diketahui dalam tempoh empat hingga lima minggu lagi.

Pengarah PPUM, Profesor Dr Ikram Shah Ismail, berkata penyelidikan kes tersebut memerlukan kajian mendalam dan kebiasaannya memakan masa yang lama.

Bedah siasat semula mayat Kugan dilakukan kelmarin di PPUM berikutan rasa tidak puas hati keluarga mangsa dengan hasil bedah pertama di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu, yang mendapati kematiannya akibat paru-paru berair. - Utusan Malaysia.

KETUA INSPEKTOR NAFI DI LOKASI PEMBUNUHAN

SHAH ALAM: Ketua Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama dalam kes bunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, menafikan dia dan tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar, berada hampir 45 minit di lokasi pembunuhan wanita itu di Puncak Alam di sini untuk menembak dan meletupkan mangsa pada malam 19 Oktober 2006.

Menjawab pemeriksaan balas Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, di Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, Azilah berkata dia tidak berada di Puncak Alam seperti didakwa. Sebaliknya ketika itu, dia dalam perjalanan dari Bukit Aman ke Wangsa Maju bersama tunangnya, Cik Norazila Baharuddin.

Ketika dirujuk log transaksi panggilan telefon dan pesanan ringkas bagi talian miliknya, Azilah menafikan dia berada di tempat kejadian ketika menerima panggilan telefon teman wanitanya, Lans Koperal Rohaniza Roslan, pada 10.43 malam. -- BHM.

No comments:

Posting Terkini