Pages

Saturday, January 24, 2009

Dari ANWAR IBRAHIM - Malaysiakini

Bersiap Siaga di Pensiangan

Gesaan saya kepada pimpinan akar umbi Sabah untuk bersiap sedia di Pensiangan. Saya sempat mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan gereja Sabah selain bersama peniaga Sabah disebelah malam.

Selaku Pengurusi Perhubungan Keadilan Negeri Sabah, saya menyediakan ruang waktu lumayan mendengar pandangan dan rintihan wakil-wakil bahagian sehingga jam 1 pagi dan kemudian disambung selama 2 jam pagi tadi.

ANWAR IBRAHIM

>>>
Terima Kasih Wa Shukran Kepada Pengundi Kuala Terangganu

Saya menerima undangan Pas dalam perhimpunan khas bersama Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Hj Hadi, YB Lim Kit Siang untuk melahirkan rasa syukur, serta kagum dan bangga dengan semangat jitu pengundi Kuala Terengganu.

Namun saya turut mengajak rakyat agar meningkatkan kewaspadaan kerana menjangka tindakan terdesak yang lebih kejam dari pimpinan Umno-Bn.

ANWAR IBRAHIM

>>>
Prestasi Bola Sepak Malaysia Harus Diperkasa!

Saya agak kecewa tatkala diberitahu akan kekalahan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di tangan pasukan Emiriah Arab Bersatu malam kelmarin. Perbedaan jumlah jaringan gol yang cukup besar semestinya menimbulkan keresahan dan patah semangat buat peminat-peminat setia bola sepak tanahair.

Saya pasti, ramai di kalangan kita yang cukup merindui persembahan mantap yang ditonjolkan suatu ketika dahulu oleh pemain-pemain terkenal negara era 60-an dan 70-an seperti Datuk Abdul Ghani Minhat, arwah Datuk Mokhtar Dahari dan Datuk Soh Chin Aun.

Kedudukan pasukan Malaysia yang kini berada di tangga ke-158 ranking FIFA sewajarnya dipandang serius oleh pihak pengurusan FAM. Kehebatan dan kegemilangan bola sepak Malaysia sewajarnya kembali dimartabatkan. Agenda perubahan bukan sekadar untuk memperbaiki sistem tadbir urus dan pengurusan ekonomi semata-mata, bahkan perubahan juga seharusnya turut dijana dalam lapangan sukan.

Buat anak-anak muda yang menggalas harapan bola sepak Malaysia, ayuh tingkatkan prestasi dan semangat juang kalian!

ANWAR IBRAHIM


No comments:

Posting Terkini