Pages

Friday, November 14, 2008

Pengunaan Kad Debit Meningkat Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Penggunaan kad debit semakin meningkat di Malaysia kerana ia tidak memerlukan pengguna membawa wang tunai, selain cekap dan selesa bagi membuat pembayaran, kata Naib Presiden dan Pengurus Negara Kanan MasterCard (Malaysia dan Brunei), Jim Cheah.

"Terdapat potensi yang besar bagi kegunaan kad debit di Malaysia. Pengguna kini mula menggunakan kad debit," kata Cheah pada taklimat media mengenai kad debit MasterCard di sini.

Mengenai kelebihannya. beliau berkata kad debit lebih selesa dan selamat daripada membawa wang tunai selain mampu mengawal perbelanjaan, dan ia kini diterima di seluruh dunia.

Beliau juga berkata jumlah transaksi di pasaran seperti Australia, Amerika Syarikat, Taiwan dan beberapa bahagian Eropah, adalah lebih tinggi berbanding transaksi kad kredit.

Mengenai kad debit MasterCard di Malaysia, Cheah berkata enam bank tempatan telah memperkenalkan produk debit di pasaran yang boleh digunakan di mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai, pemindahan atau maklumat akaun.

Kad debit kini boleh didapati di Affin Bank, Alliance Bank, EON Bank, Public Bank, RHB Bank dan Standard Chartered Bank.

Menurut Cheah MasterCard berada di barisan hadapan inovasi, kreativiti dan teknologi canggih, menerajui debit sebagai alat pembayaran pada masa akan datang.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini