Pages

Thursday, November 13, 2008

PEMERINTAH TIADA NIAT SELAMATKAN PEMBIAYA IR MARINA

PEMERINTAH Singapura tidak ada niat menyelamatkan syarikat Las Vegas Sands jika ia gagal membiayai dana bagi pembangunan Resort Bersepadu (IR) Marina Bay Sands, menurut Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Encik S. Iswaran.
Namun, beliau tidak menolak syarikat berkaitan pemerintah berbuat demikian jika ia merasakan keputusan pelaburan itu adalah wajar.

Encik Iswaran berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media sama ada pemerintah akan menyelamatkan IR Marina Bay, yang syarikat induknya, Las Vegas Sands, menghadapi masalah kewangan disebabkan kelembapan ekonomi sejagat.

Auditor Las Vegas Sands, PriceWaterhouseCoopers, mengumumkan minggu lalu bahawa syarikat pengendali kasino itu tidak akan dapat membayar pinjaman bank-bank kecuali ia mengurangkan perbelanjaan bagi perkembangan, mendorong keuntungan dan meningkatkan lagi modal.

Ini mencetuskan kebimbangan syarikat itu mungkin tidak akan dapat meneruskan projek IR yang pertama di Marina Bay.

Selasa lalu, syarikat itu berkata ia akan meneruskan projek Marina Bay sehingga selesai seperti yang dijanjikan.

Untuk melakukannya, ia perlu mengumpulkan lagi $2 bilion dalam bentuk modal dan menunda projeknya di Macau dan Las Vegas, serta mengurangkan perluasan projeknya di Pennsylvania.

Bercakap kepada pemberita di Forum Carbon Asia di Suntec Singapura pagi semalam, Encik Iswaran berkata pengumuman Marina Bay Sands itu memberikan 'jaminan' bahawa syarikat itu mempunyai sumber mencukupi bagi membiayai projek itu. -- BeritaHarian Singapura

No comments:

Posting Terkini