Pages

Tuesday, October 7, 2008

Teresa Kok Mahu Upah Pengawal Peribadi

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhasrat mengupah pengawal peribadi dan memasang kamera litar tertutup di rumah ibu bapanya di sini kerana mendakwa keselamatan beliau serta keluarganya kini terancam.

Beliau berkata langkah itu berikutan kejadian pada 27 Sept lepas apabila kediaman ibu bapanya di Taman Rainbow di sini dibaling bom molotov koktel.

"Saya telah dinasihatkan oleh polis supaya menjaga diri serta berhati-hati memandangkan pelbagai perkara buruk dan reaksi negatif yang dilemparkan terhadap saya setelah isu saya (berhubung laungan azan) diperbesar-besarkan.

"Saya juga sudah meminta pada pihak keselamatan di kondominium yang saya diami di OUG supaya mempertingkatkan tahap keselamatan," katanya kepada pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini selepas bertemu Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bagi membincangkan perkembangan siasatan polis berhubung kejadian bom petrol itu.

"Saya berterima kasih atas keprihatinan pihak polis dalam memastikan keselamatan kami terjaga. Kami diberitahu, polis turut mempertingkatkan rondaan mereka," katanya.

No comments:

Posting Terkini