Pages

Friday, October 3, 2008

Pertandingan Menamakan Proton MPV Terima 251,000 Penyertaan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Proton Holdings Bhd menerima lebih 251,000 penyertaan bagi Pertandingan Menamakan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Proton.

Pertandingan itu yang dilancarkan pada 8 Sept lepas, menerima kira-kira

11,000 penyertaan sehari sebelum ditutup pada 30 Sept, kata Proton dalam satu kenytaaan di sini hari ini.

Pertanidngan itu, sama seperti yang dijalankan bagi kereta pertamanya, SAGA, merupakan sebahagian daripada usaha Proton bagi membolehkan rakyat Malaysia menamakan MPV berkenaan serta menjadi sebahagian daripada sejarah 23 tahun syarikat itu.

Pemenang hadiah utama pertandingan itu akan menerima sebuah Proton MPV, manakala dua pemenang kedua, masing-masing akan dibawa melawat Lotus UK, bernilai kira-kira RM15,000.

Khidmat juruaudit profesional sudah diperoleh bagi mengaudit proses pemilihan bagi memastikan ketelusan dan kewibawaan pertandingan. Pemenang akan dimaklumkan bulan ini, kata Proton.

MPV itu yang dijadual dipasar di dalam negara pada Mac tahun depan, direka bentuk khusus intuk keselesaan pemanduan keluarga Malaysia dengan ruang kaki dan bagasi lebih besar.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pertandingan itu merupakan cara Proton berkongsi keterujaan syarikat dengan semua rakyat Malaysia menerusi produk terbaharunya.

Syed Zainal berkata MPV merupakan segmen pasaran baharu bagi syarikat berkenaan dan beliau yakin orang ramai akan menerima "anak baharu" itu dengan tangan terbuka dan yakin MPV sesuai dengan aspirasi Proton untuk membangunkan "kereta yang tepat untuk pasran yang tepat pada harga yang tepat".

No comments:

Posting Terkini