Pages

Monday, August 6, 2012

Bunuh anak kerana enggan kahwin paksa

Shafilea
LONDON: Ibu bapa warga Pakistan kelmarin didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka yang enggan dikahwin paksa dengan sepupunya.
Hakim Roderick Evans menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Iftikhar, 52 tahun, dan isterinya, Farzana Ahmed, 49 tahun, kerana membunuh Shafilea, 17 tahun, pada 2003.
Semasa perbicaraan, adik Shafilea, Cik Alesha, yang ketika itu berusia 12 tahun memberitahu juri bahawa dia nampak ibu dan bapanya membunuh mangsa selepas berlaku pergaduhan berkaitan cara pakaiannya yang didakwa terlalu kebaratan.

Menurut pendakwa raya, Encik Andrew Edis, Shafilea hanya berusia 10 tahun apabila beliau mula memberontak terhadap peraturan ketat ibu bapanya.
Pada Mei 2003, Shafilea cuba membunuh diri dengan minum bahan peluntur apabila pulang dari Pakistan di mana ibu bapanya telah mengaturkan perkahwinan dengan sepupunya.
Pada malam kejadian, Cik Alesha memberitahu juri bahawa ibu bapanya telah menolak Shafilea ke atas kerusi, menyumbatkan beg plastik dalam mulut dan hidungnya sehingga dia mati.
Awal dari itu, semasa Shafilea meronta hendak melepaskan diri, Cik Alesha berkata beliau mendengar ibunya berkata, "selesaikan di sini sahaja."
"Beliau (Shafilea) tersepit di antara dua budaya - budaya dan cara hidup yang beliau nampak di sekeliling yang ingin beliau ikuti dan budaya serta cara hidup yang anda ingin beliau amalkan," kata Hakim Evans kepada kededua ibu bapa mangsa semasa menjatuhkan hukuman kelmarin.
Menurut Cik Alesha, beliau nampak ayahnya membawa mayat kakaknya ke dalam kereta dengan dibalut selimut.
Shafilea kemudian dilaporkan hilang oleh ibu bapanya.
Mayatnya dijumpai dalam Sungai Kent di Cumbria pada Februari 2004.
Bagaimanapun, Cik Alesha hanya membuat pengakuan mengenai penglibatan ibu bapanya pada 2010.
Tahun lalu, pihak berkuasa Britain menyiasat lebih 1,400 kes kahwin paksa, sebahagian besarnya berlaku di kalangan masyarakat Islam setempat.
Segelintir kes berakhir dengan pembunuhan apabila ahli keluarga percaya anak perempuan mereka membawa malu kepada keluarga - kerana menolak perkahwinan, atau sebahagian lain disebabkan oleh kerana terlalu kebaratan. - AP.

Popular Posts

No comments:

Posting Terkini