Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.
Menurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.
"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi.
"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.
Nik Aziz (atas) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.
Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu.
Saturday, August 4, 2012
PM didakwa ajak Nik Aziz bincang isu royalti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Bro,
PM hantar surat kepada MB Kelantan nak suruh hantar wakil bincang urusan royalti minyak negeri Kelantan?
TGNA bertanya kenapa baru sekarang?
Tindakan PM ini hanya setelah Ku Li perkatakan bahawa umno (BARU)/BN hanya akan berjaya tawan semula Kelantan dari Pas jika kerajaan Persekutuan @ Umno (BARU)/BN selesaikan isu royalti minyak Kelantan??? (jika selesai isu ini bolehkah Ku Li jamin rakyat Kelantan mengubah angin menyokong umno (BARU)/BN?????)
Tindakan Najib ni adalah kerana dia rasa betul dengan apa yang Ku Li cakap/minta demi survival umno (BARU)/BN?
Atau adakah umno (BARU) sedang tertekan dan mula merasa terlalu benar apa yang Ku Li cakap/minta itu??
Atau apa?....
Saya melihat Ku Li sudah memulakan satu usaha melawan 'tuan punya' umno (BARU) iaitu mahadeyy. Bila isu royalti dibangkitkan oleh Ku Li, saya melihat beliau nak korek apa sudah jadi dengan duit petronas yang dibawah EHSAN PM/Menteri kewangan/kerajaan pusat yang telah mula merubah komitmen/amanah/taggungjawab kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri seperti yang terkandung di dalam perjanjian royalti itu sejak kerajaan Terengganu jatuh kepada pentadbiran Pas dulu.
Dan paling penting, kita tahu siapa yang dalam kepanasan bila urusan duit Petronas dikorek kemana ianya dibelanjakan!
Nampaknya umno (BARU) sudah masuk perangkap Ku Li.....dan bagi saya, nampak Najib sudah mula 'berubah angin' kepada Ku Li....kenapa saya kata begini?.....kerana umum sering nampak bagaimana Najib diBULI oleh juak2 dan bebudak mahadeyyy dalam perkasa dan komen2 seperti yang Daim buat!.....Perangai muhidin terhadap Najib sudah ketara juga sekarang....
Adakah kita akan melihat satu ledakan perbalahan dalaman umno (BARU) pada masa mendatang ini? Dan cuba kaitkan dengan angin perkauman yang sedang ditiup oleh 'agen2' umno sepeti utusan dan TV 3.
Terlalu ngeri saya rasakan jika mahu fikirkan kesudahannya......
gheng lama
Post a Comment