SYDNEY: Pulau Tasmania mungkin menjadi negeri yang pertama di Australia membenarkan perkahwinan sejenis selepas Perdana Menterinya, Cik Lara Giddings, berkata beliau menyokong sebarang rang undang-undang ke arah itu.
Cik Giddings berkata, beliau percaya sebahagian besar masyarakat di Tasmania telah bersedia memberikan keizinan kepada pasangan sejenis melangsungkan perkahwinan secara sah di sisi undang-undang.
"Kami akan menerajui usaha ini bagi dicontohi oleh seluruh Australia. Terdapat negara-negara lain di serata dunia yang telah pun mengambil tindakan ini," kata Cik Giddings, 39 tahun, dalam satu sidang akhbar semalam.
Sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, telah dibidas oleh penyokong perkahwinan sejenis dan anggota parti kerajaan, Parti Buruh, kerana menentang perkahwinan serupa itu.
Cik Giddings bagaimanapun menarik perhatian bahawa perkahwinan sejenis akan dapat membawa manfaat ekonomi kepada Tasmania, di mana kadar penganggurannya sebanyak 7.4 peratus adalah yang tertinggi di antara wilayah Australia.
"Terdapat bukti kukuh usaha membenarkan perkahwinan sejenis akan dapat menyumbang kepada ekonomi dan mewujudkan pekerjaan kepada penduduk Tasmania," kata Cik Giddings, yang merupakan wanita paling muda dilantik menjadi Ahli Parlimen pada usia 23 tahun pada 1996. - Bloomberg.
Semua orang pasti gembira ketika berbuka puasa. Namun lebih gembira & bahagia di kala kita semua dapat bertemu dengan Allah dalam syurgaNya. Jesteru ikhlaskan ibadah kita hanya kerana Allah & perbaikilah kualiti ...
UMEA (Sweden): Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah. Presiden Liga Islam ...
... maka sudah pastilah tiada apa-apa upacara ibadah khusus –sama ada solat khusus, atau puasa khusus atau bacaan khusus- yang Nabi s.a.w lakukan sempena tahun baru hijrah kerana kiraan tahun baru hijrah belum ...
No comments:
Post a Comment