Pages

Wednesday, August 8, 2012

BN yakin dapat rebut semula Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) yakin akan mengambil alih kerajaan Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat (PR) dengan memenangi 22 daripada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN), dan percaya lima lagi kerusi berada dalam pencapaiannya.
Selain itu, perikatan persekutuan yang memerintah Malaysia itu merancang menawarkan lebih banyak lagi "ganjaran" menjelang pilihan raya akan datang, menurut sumber-sumber.
Satu laporan laman berita The Malaysian Insider (TMI) semalam berkata ia telah diberitahu oleh sumber-sumber itu bahawa laporan-laporan akar umbi menunjukkan perubahan nasib tersebut disebabkan oleh kepimpinan setiausaha agung Gerakan, Encik Teng Chang Yeow, dalam BN Pulau Pinang serta serangan-serangan media terhadap Ketua Menteri negeri itu, Encik Lim Guan Eng, berhubung langkahnya membangunkan kawasan lereng bukit secara tidak berhemah dan kelemahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah sebuah parti komponen utama PR.

"BN yakin terhadap 22 kerusi dewan undangan dan boleh menang lagi lima dengan ada sedikit usaha kerana Teng telah menyatukan partiparti komponen untuk bekerjasama," kata seorang sumber kepada TMI, sambil menekankan kerusi-kerusi yang boleh dimenangi itu kini dikuasai PKR dan Parti Islam SeMalaysia (PAS), satu lagi parti komponen utama PR.
Umno kini menguasai 11 kerusi DUN Pulau Pinang, sementara PR menguasai 29 dalam dewan undangan negeri yang terdiri daripada 40 kerusi.
Bagi kerusi yang dikuasai PR, 19 dikuasai Parti Tindakan Demokratik (DAP), sembilan PKR dan satu PAS.
Pulau Pinang jatuh ke tangan pakatan pembangkang itu dalam pilihan raya umum 2008, apabila Gerakan, parti yang menerajui negeri itu hampir 40 tahun sejak 1969 gagal memenangi sebarang kerusi.
"Umno boleh mengambil alih semua kerusi yang kini dikuasai PKR dan PAS. Terserah pada Gerakan, MCA (Persatuan Cina Malaysia) dan MIC (Kongres India Malaysia) untuk menang yang lain daripada DAP," kata sumber itu lagi.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, belum memutuskan tarikh pilihan raya umum akan datang, manakala Encik Lim mendesak tidak akan mengikut langkah BN dan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum.
Mandat kedua-duanya tamat menjelang April tahun depan.

Popular Posts

1 comment:

XUMNO said...

Tak salah mengenang masa lalu. Nostalgialah katakan, terutamanya apabila dirundung malang dan dalam kesedihan. Sebenarnya itu yang berlaku pada BN masa ni.Self consolation.Sikit masa lagi dia orang ni mungkin boleh jadi gila. Gila meroyan, macam ibu kehilangan anak.Kesian.

Posting Terkini