Pages

Saturday, April 7, 2012

Lambang musim bunga di Jepun



INDAHNYA SAKURA: Menikmati keindahan bunga sakura merupakan acara budaya dan kegiatan masa lapang yang diminati warga Jepun, termasuk dua wanita ini yang mengabadikan keindahan sakura dengan kamera masing-masing. - Foto AFP

TOKYO: Musim bunga telah bermula di Jepun dengan mekarnya bunga-bunga sakura yang diminati ramai.
Penduduk Jepun ghairah menggunakan acara itu sebagai cara menandakan berakhirnya tahun yang kelam yang dipenuhi krisis dan bencana.

Tahun lalu, suasana agak muram dengan sambutan meraikan berkembangnya bunga sakura, yang dipanggil hanami, dibatalkan kerana gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac yang mengorbankan hampir 19,000 orang.


Bencana berganda itu turut mencetuskan krisis nuklear di Jepun.

Cuaca sejuk bermakna bunga-bunga sakura di Tokyo berkembang lima hari lebih lewat daripada biasa.'Semasa musim bunga sakura tahun lalu, suasana agak muram setelah gempa bumi.

'Negara Jepun kini kembali bertenaga, oleh itu, saya rasa gembira dapat bersantai dan bersuka ria dengan teman-teman sekerja hari ini,' kata Cik Yui Nakayama, 24 tahun, yang bersama 15 rakan sekerja sedang menanti 50 teman lagi menyertai mereka dalam 'acara hanami'.

Pelancaran roket Korea Utara minggu depan yang dijangka melalui kawasan Tokyo, juga tidak dapat melunturkan suasana gembira menikmati keindahan bunga sakura itu. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini