Pages

Saturday, April 7, 2012

Dihukum jel tujuh tahun kerana muat naik karikatur Nabi ke Facebook


TUNIS: Dua lelaki warga Tunisia dikenakan hukuman penjara tujuh tahun kerana memuat naik karikatur yang memaparkan Nabi Muhammad saw di laman rangkaian sosial, Facebook.

Kes itu telah menimbulkan dakwaan bahawa pemimpin Islamis baru negara itu kini menyekat kebebasan bersuara.Tindakan memuat naik karikatur ini menjejas negara yang semakin mementingkan nilai-nilai Islam sejak berlakunya pemberontakan Arab Spring tahun lalu.

'Mereka dihukum penjara tujuh tahun kerana mencemari moraliti, dan mengganggu ketenteraman awam,' kata jurucakap Kementerian Keadilan, Encik Chokri Nefti.

Salah seorang daripada lelaki yang bersalah itu, Jabeur Mejri, kini sudah dipenjara sementara lelaki kedua, Ghazi Beji, masih diburu polis dan dijatuhi hukuman tanpa kehadirannya.


Hukuman itu dikenakan pada 28 Mac lalu tetapi hanya dilaporkan kelmarin apabila maklumat tentang kes itu mula dimuatnaikkan ke dalam Internet.

'Hukuman yang dikenakan berat dan teruk, walaupun jika anakanak muda itu bersalah.

'Keputusan itu bertujuan menyekat kebebasan bersuara walaupun di Internet,' kata seorang penulis blog, Encik Nebil Zagdoud.

Menurut pemerintah Tunisia, ia mempunyai tugas mempertahankan tahap kesopanan awam.

Tetapi pihak pembangkang yang berfahaman sekular menuduh pemerintah menggunakan sistem keadilan untuk bertindak terhadap sesiapa yang tidak mengikut faham ortodok agama. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini