Pages

Saturday, April 7, 2012

Isteri seorang lelaki


KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan, adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61 tahun, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Cik Sri Wani Choo Abdullah, 37 tahun.

Peguam Syarie, Encik Muhammad Hafiz Ab Rashid, yang mewakili Dr Bahrom, memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini kelmarin, Dr Bahrom, selaku plaintif, memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Anak guamnya hanya menyedari beliau mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, pada 19 Ogos 2009, katanya.


Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Cik Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.

Beliau menambah, pihak plaintif telah memfailkan permohonan agar responden perlu menjalani ujian DNA bagi mengesahkan jantinanya.

Menurut Encik Muhammad Hafiz, sebelum berkahwin dengan anak guamnya, Cik Sri Wani merupakan janda tanpa anak.

Difahamkan, Cik Sri Wani, yang berketurunan Cina, memeluk agama Islam pada 2001.

Selepas berkahwin dengan Dr Bahrom di Songkhla, mereka dikatakan mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini