Pages

Tuesday, March 27, 2012

Air liur jadi kristal



ANEH: Rafael memegang air liurnya yang telah bertukar menjadi kristal. -- Foto WWW.KOMPAS.COM

MALANG: Penduduk di Tumpang Permai, Jawa Timur, heboh selepas tersebar berita mengenai air liur seorang bayi berubah menjadi kristal.

Kejadian itu dikatakan berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya. Bayi yang diberi nama Rafael dan berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibunya, Cik Leni Marliani, 35 tahun, kejadian aneh itu mula berlaku pada 14 Februari lalu.


'Saya sedang menggendongnya ketika itu dan terperanjat apabila melihat dia mengeluarkan air liur yang kemudian mengeras seperti kristal,' katanya kepada Kompas.com.

Melihat keanehan itu, Cik Leni bersama suaminya membawa anak mereka ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

'Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah menelannya dan hanya dibuat main,' ujar Cik Leni.

Rafael menjalani dua pemeriksaan doktor di Hospital Saiful Anwar di Malang pada Rabu dan Khamis lalu.

Dr Haryudi Aji Cahyono, yang mengetuai pemeriksaan itu berkata hasil pemeriksaan fizikal menunjukkan Rafael sihat, tidak ada tanda-tanda sakit seperti kelainan fizikal.

Mengenai air liur Rafael, Dr Haryudi mendapati ia mengandungi kadar kalsium yang tinggi.

'Kalau soal air liur Rafa itu, kami mengindikasikannya sebagai benda atau batu bukan berasal dari tubuh manusia. Tapi ini masih indikasi awal kerana pemeriksaan belum tuntas.

'Yang saya tahu, hanya air liur itu mengering. Tapi kalau jadi bola atau mutiara, saya sendiri belum tahu,' katanya.

Jabatan Biologi, Universiti Brawijaya Malang, sedang menjalankan ujian makmal ke atas kristal dari liur Rafael bagi mengetahui kandungannya. -- Agensi,

No comments:

Posting Terkini