Pages

Friday, March 23, 2012

Mengapa perlombongan haram pasir berlaku di Selangor?

 
PETALING JAYA: Perlombongan haram pasir berlaku di Selangor kerana kerajaan negeri mahu menjadikan pasir sebagai sumber pendapatan utama, dakwa bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo.
“Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah berkata kerajaan negeri mahu mendapatkan RM150 juta setahun dari  pasir.
“Kalau kita tengok carta, jumlah pendapatan kerajaan negeri sekarang dari sumber pasir ini  meningkat.
“Kerana itu operasi haram  pasir menjadi-jadi di Selangor,” kata Dr Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 hingga 2008 itu.

Abdul Khalid mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor dari Dr Khir selepas pilihan raya umum 2008.
Dr Khir berkata, semasa beliau menjadi Menteri Besar,  operasi menangkap operator pasir haram dilancarkan.
Cuma dapat RM2 juta
“Dan kita tutup perlombongan pasir pada 2006 kerana pendapatan tidak sebanyak mana tetapi kerosakan yang lebih banyak.
“Bagi saya, pasir bukan pendapatan utama sebab itu semasa kita tutup tahun 2006, kerajaan negeri cuma mendapat RM2 juta.
“Perlombongan pasir ini kalau kita gali banyak, banyaklah yang dapat tetapi banyak pula kos untuk menutup lubang itu,” kata beliau lagi.
Isu pasir ini juga panas dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang berlangsung sekarang.
Isu pasir di bawah kerajaan negeri pimpinan PKR ini panas apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan berhubung isu penyelewengan pasir melibatkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Dua Adun PKR, Shuhaimi Shafie (Seri Muda)  Amiruddin Shaari (Batu Caves) yang didakwa turut terbabit dalam isu pasir menafikannya.

No comments:

Posting Terkini