Pages

Thursday, April 26, 2012

Jika BERSIH degil, menteri akan hantar anjing untuk buat kacau

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetap berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain... jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," katanya.

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di Putrajaya pada Khamis.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin akan dilakukan polis sekiranya perhimpunan yang dianjurkan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

- Bernama

Tengok betul-betul, polis atau anjing. (Klik sini)

No comments:

Posting Terkini