Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin."Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.
Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.

No comments:
Post a Comment