Pages

Tuesday, April 24, 2012

'Bawa kes Scorpene ke Perancis mahu kucar-kacir negara'


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.

"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan NGO Suaram mengemukakan nama perdana menteri sebagai saksi dalam kes di mahkamah tersebut.

Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak memandangkan perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

No comments:

Posting Terkini