Pages

Wednesday, March 7, 2012

Wanita bangun memasak lepas enam hari dalam keranda


BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila beliau bangun semula enam hari selepas beliau dimasukkan dalam keranda.

Cik Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas beliau jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi.

Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka beliau sudah meninggal dunia.

Beliau diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat memberi penghormatan terakhir.

Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.



Seorang jiran, Cik Chen Qingwang, 60 tahun, yang mula-mula menemui Cik Li berkata:

'Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya. Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi.

'Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk.'

Disebabkan Cik Li tinggal bersendirian, Cik Chen dan anak lelakinya membuat persediaan bagi upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Cik Chen tiba di rumah Cik Li dan mendapati 'mayatnya' sudah hilang sebelum menemui beliau sedang memasak.

Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung:

'Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

'Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar daripada keranda itu.' - Agensi.

No comments:

Posting Terkini