Pages

Monday, August 29, 2011

Istana dibuka sempena Hari Raya



Singapura: PEKARANGAN Istana akan dibuka kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 6 petang esok sempena Hari Raya Puasa. Ini kali terakhir rumah terbuka Istana dihos oleh Presiden S R Nathan, yang penggal jawatannya berakhir lusa.

Satu persembahan tarian Melayu oleh Persatuan Rakyat (PA) dan pancaragam oleh Sekolah Menengah Zhonghua serta Sekolah Poi Ching akan diadakan, menurut satu kenyataan Pejabat Presiden semalam.

Bayaran masuk tidak dikenakan ke atas warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura. Pengunjung lain dikenakan bayaran $1 seorang.


Masuk ke Istana ialah melalui pintu utama di Orchard Road manakala Stesen MRT terdekat ialah Dhoby Ghaut.



No comments:

Posting Terkini