Pages

Tuesday, March 6, 2012

Mayat dua warga asing ditemui di bilik hotel



DITEMUI DALAM KEADAAN TIDAK BERMAYA: Mayat wanita warga Filipina, yang ditemui bersama mayat lelaki warga Bangladesh di dalam sebuah bilik hotel di Lorong 22 Geylang, dibawa keluar oleh pegawai polis. -- Foto SHIN MIN

SEORANG wanita warga Filipina berusia 33 tahun, dipercayai pembantu rumah, mati selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya di dalam sebuah bilik di Hotel Summer di Lorong 22 Geylang, Singapura, malam kelmarin.

Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 22 tahun, dipercayai pekerja asing, juga ditemui dalam keadaan yang sama di dalam bilik tersebut.

Kedua-duanya juga ditemui dengan kesan-kesan luka pada tangan dan kaki masing-masing.


Jurucakap polis berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.40 malam, kelmarin, tentang seorang lelaki dan seorang wanita yang ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam sebuah bilik hotel di Lorong 22 Geylang.

Paramedik mengesahkan kematian kedua-dua individu - wanita warga Filipina dan lelaki warga Bangladesh - itu di tempat kejadian pada 11.50 malam.

Polis menyifatkan kes itu sebagai kematian luar biasa, dan siasatan sedang dijalankan.

No comments:

Posting Terkini