Wednesday, March 7, 2012
Kontrak Presiden, CEO Petronas dilanjut ke 2015
Kontrak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas, dilanjutkan dua tahun lagi mulai 10 Feb 2013 hingga 9 Feb 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan lanjutan itu pada pertemuan dengan pengurusan kanan Petronas, semalam.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk melantik Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), berkuat kuasa 1 April 2012.
Berikutan lanjutan kontrak dan pelantikan COO itu, Perdana Menteri menyuarakan keyakinan beliau bahawa Petronas akan terus melakar kejayaan yang lebih besar.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment