Pages

Wednesday, March 7, 2012

Nyaris jadi mangsa Umno

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi keterangan kepada tiga pegawai polis dari Kuantan berhubung siasatan insiden pada 26 Fenruari lalu yang mana beliau nyaris menjadi mangsa ditumbuk oleh samseng semasa ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1, Gambang, Pahang.

NONESelain Nurul Izzah, turut memberi keterangan, ialah suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut mengiringi ketika keterangan diambil ialah peguam N Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

"Kita ada Surendran yang membantu menerangkan semula soalan semasa kejadian itu," kata Nurul pada sidang media selepas keterangan di ambil di ibu pejabat PKR, petang semalam.

Pada kejadian itu, PKR mendakwa ceramah mereka diganggu oleh ahli Umno yang dengan sengaja menganjurkan sesi karaoke dan memasang pembesar suara di sebuah kedai kopi di mana Nurul Izzah dan Nik Nazmi dijadual berucap.

NONEKetika giliran Nurul Izzah berucap, "budak-budak muda" dari Umno itu dikatakan mula menyerbu ke lokasi ceramah sambil melemparkan kata-kata kesat kepada anak perempuan Ketua Umum PKR itu. Beliau kemudiannya terpaksa diiringi polis bantuan Felda meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh Umno. Menurut ADUN Lepar Mohd Shohaimi Jusoh, lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah itu sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.
Tindakan susulan

Katanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

NONE“Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi.

Pada sidang medianya, semalam, Nurul Izzah berkata, beliau turut disoal mengenai insiden pada malam kejadian, persekitaran, dan reaksi mereka yang membuat provokasi dengan tindakan mereka memainkan muzik dengan kuat sebelum ceramah bermula

Selain itu, katanya, tindakan susulan terhadap kes seperti ini adalah penting bagi penguatkuasa undang-undang seperti polis untuk menunjukkan komitmen dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

NONE"Apa yang penting di sini ialah tindakan susulan kerana apabila penguat kuasa undang-undang seperti polis menunjukkan komitmen bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil.

"Tidak kira apa bentuk ancaman atau serangan, sama ada secara fizikal atau mental, ke arah mana-mana individu dan tidak hanya pemimpin-pemimpin politik, "katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 148, Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Menjadi-jadi

Sejak kebelakangan ini, gangguan ke atas acara dan ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang, semakin menjadi-jadi.

NONEPada 26 Februari lalu, Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Pulau Pinang sebagai sokongan solidariti membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang diganggu.

Dalam kejadian itu, beberapa ahli Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA terus mengganggu acara yang dijalankan itu. Ia berakhir dengan dua wartawan cedera. Seorang daripada mereka terpkasa menerima lapan jahitan.

20 Februari lalu, kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.

NONE13 Februari pula kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Awal bulan lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

No comments:

Posting Terkini