Monday, July 11, 2011
Penculik penggal tujuh pekerja
Banjir Korea S ragut empat jiwa
SEOUL: Empat orang terbunuh manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian banjir serta tanah runtuh akibat hujan lebat di Korea Selatan, kelmarin.
Menurut agensi berita Yonhap, seorang wanita berusia 68 tahun dan cucunya berusia 15 tahun serta dua lagi terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan rumah mangsa di bandar Miryang, 368 kilometer dari Seoul.
Seorang wanita berusia 72 tahun, yang tinggal berhampiran kawasan kejadian, dilaporkan hilang selepas dibawa arus banjir sementara seorang lagi wanita berusia 73 tahun ditemui lemas dalam kejadian banjir di bandar Uiryeong. -- AFP.
Sonia Gandhi temu PM IndiaNEW DELHI: Ketua Parti Kongres, Cik Sonia Gandhi, kelmarin menemui Perdana Menteri, Encik Manmohan Singh, membincangkan rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Seorang pegawai parti pemerintah India berkata pertemuan dua pemimpin itu adalah kali yang ketiga minggu ini.
'Rombakan mungkin dilaksanakan pada minggu depan atau paling cepat Isnin ini,' kata pegawai tersebut. -- AFP.
Penculik penggal tujuh pekerjaHERAT (Afghanistan): Seramai tujuh orang daripada 28 pekerja lombong di Afghanistan yang diculik dipenggal kepala mereka dan mayat mereka dijumpai semalam oleh polis.
Pekerja lombong malang itu diculik di wilayah Farah Rabu lalu.
Namun, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas perbuatan tersebut. -- AFP.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment